Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Melayu: Kuew Tiaw Goreng

Resepi Melayu: Kuew Tiaw Goreng

Kategori: ,

Siapa yang suka makan Kuew Tiaw?? Kuew Tiaw ada bermacam-macam cara untuk dimasak tau. Anda boleh buat Kuew Tiaw Goreng, Kuew Tiaw Sup, Kuew Tiaw Ladna, Kuew Tiaw Tomyam dan macam-macam resepi lagilah yang boleh buat, sesuai dengan selera masing-masing. Berikut merupakan resepi untuk membuat Kuew Tiaw Goreng yang simple dan ringkas.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Bawang Merah
  • Bawang putih
  • Cili kering kasar
  • Cili padi
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Kicap manis
  • Udang(gunakan juga air rebusan kulit dan kepala udang)
  • Ayam
  • Fishball
  • Kuew Tiaw
  • Taugeh
  • Daun bawang

Cara membuat Kuew Tiaw Goreng:

  1. Bawang merah, bawang putih, dan cili padi ditumbuk halus. Tumis semua bahan yang sudah ditumbuk hingga garing.
  2. Masukkan cili kering kisar, sos tiram, sos cili, sos tomato, dan kicap manis. Masak hingga pecah minyak atau garing.
  3. Masukkan laluk-pauk seperti udang, ayam, dan fishball. Kemudian, masukkan sekali air rebusan kulit dan kepala udang agar mempunyai rasa manis dari udang. Tunggu sehingga mendidih.
  4. Masukkan kuew tiaw yang sudah dibasuh. Kemudian, taugeh, dan daun bawang. Kacau-kacau sehingga sebati.
  5. Siap untuk dihidangkan bersama keluarga.

Selamat mencuba

Tonton video ini untuk cara-cara penyediannya:

Kredit resepi: Mila Campak Campak

 

tags: | | |