Kebiasaanya apabila lewat malam, perut akan berbunyi. Meminta untuk di isi makanan. Tetapi makanan tersebut mestilah yang cepat dan mudah disediakan serta sedap. Kalau anda tak tahu nak masak apa, boleh cuba maggi tomyam ini. Memang power rasa dia. Nak sediakan sangat mudah, hanya campak-campak dan selepas 10 minit siap.
BAHAN-BAHAN:
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Cili kering | dikisar
- Ayam | potong dadu
- Serai | hiris halus
- Kiub tomyam
- Air asam jawa
- Perahan air limau nipis
- Maggi
- Daun ketumbar
- Daun limau purut
- Cili padi
- Tomato
CARA PENYEDIAAN:
- Tumis bawang merah, bawang putih dan cili kering sehingga pecah minyak.
- Masukkan ayam, serai dan air. Kemudian masukkan kiub tomyam.
- Bila ayam dah separuh masak, masukkan air asam jawa dan perahan air limau.
- Kemudian masukkan maggi/mee. Bila dah separuh masak, masukkan daun ketumbar, daun limau purut, cili padi dan tomato.
- Kacau seketika dan perasakan dengan bahan perasa.
- Siap untuk di hidangkan.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Nana Sabrina Sarsan