Resepi dari Azlina Ina memang tak akan mengecewakan. Kali ini, beliau berkongsikan resepi creampuff gebu langkah demi langkah. Memang senang sangat nak buat, sambil pejam mata pun boleh buat bak kata Azlina Ina yang juga mesra dipanggil ‘mak’. Jom ikuti resepinya di bawah.
Panas kan 1 cawan setengah air masak dalam 375ml, 1sb gula, 1/2 sk garam halus dan 100g butter.
Biarkan mendidih sehingga butter cair.
Perlahankan api. Kemudian masukkan tepung (yang sudah diayak awal-awal). 1 +1/4 cawan tepung gandum(140g)+2sk baking powder atau 1sk double action powder.
Kacau rata (masih guna api perlahan). Bila tepung dah jadi pekat, tutup api dan teruskan kacau.
Kacau sampai adunan jadi macam dalam gambar, tak lekat pada kuali.
Masukkan esen vanilla dan 3 biji (masuk sebiji demi sebiji) ketika adunan masih panas. Kacau laju-laju guna whisk atau senduk sahaja. Masuk telur kedua kacau dan terus telur ke 3 dan total semua guna telur gred c kalau 3 kalau gred b dua biji je.
Ok dah cantik dah macam ni.
Masuk kan mata nozel 1 m atau 2 m kalau xde ko belasah je la nozel semperit. isi adunan..elok kalau ko cari plastik piping beg yg tebal sket ek.
Sapu butter kat loyang korg dan paip kan apa2 bentuk yg ko suke.Ade spray air kan spray ats puff korg bg puff korg lg gebu dan xkering bile dah sejuk
Masuk oven suhu 170 masa 30-35 mnt ikut oven masing2 ya.pastikan die betul2 kekuning2 ngan dan garing kalau x die melepek jd cekodok. nnt ko cicah sambal sardin je lah.Kene sabar dan kalau tgk die kembung tu jgn teruja bg die betul2 masa nak tau masak ke x warne die jd perang bawah puff jd gelap sket
Siap biar kan sekejap dan boleh gunting tepi die sbb dalam die ade rongga jd tu la yg kite isi kan inti tp kalau korg nak korek sket bontot die pn boleh nnt paip je ikut bawah.
bahan2 cream sedap
250g cream cheese
5sb susu pekat
mix sebati
tambah kan 2 cawan whipping cream non dairy mix sampai gebu.boleh isi dalam puff td.kalau korg nak mix dgn instant custard pon boleh mana2 la inti die jgn ko sumbat sambal belacan je sudah la
Selamat mencuba!