Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Japanese Ganache White Choc Cheese Cake, Guna 4 Bahan Je & Tak Perlu Bakar!

Resipi Japanese Ganache White Choc Cheese Cake, Guna 4 Bahan Je & Tak Perlu Bakar!

Kategori: ,
Japanese Ganache White Chocolate Cheese Cake

Nampak sedap kan kek Japanese Ganache White Chocolate Cheese Cake ni? Kek ini inspirasi dari sejenis coklat di Jepun yang mempunyai tekstur yang lembut dan cair di mulut sama seperti kek ini. Jom ikuti perkongsian resipi oleh @pja_chan di bawah.

Resipi Japanese Ganache White Chocolate Cheese Cake

Bahan-bahan:

  • White chocolate 150g (I use Meiji white chocolate)
  • Cream cheese 200g
  • Fresh cream 200ml

Bahan Topping: 

  • Powdered sugar (optional tp boleh laaa nak letak kalau nak bagi cantik bak dilitupi salju gitu)

Cara-cara:

  1. In a bowl masukkan 200g cream cheese & white choc yang dah dipatah-patahkan. Ambil lagi satu bowl yang tahan panas, letak air panas dalam bowl tu and buat mcm kaedah double boiling untuk cairkan choc & cream cheese tadi. JANGAN BAGI AIR TERMASUK DLM BATTER CHEESE+CHOC ni tau!
  2. This will take some time, tapi haruslah bersabar. Gaul2 sampai semua cair & gaul rata & sebati. Nanti akan jadi mcm ni. Memang nampak tak menarik & time ni aku ragu2 betul ke resepi ni hahahahahhahaha.
  3. Masukkan 200ml fresh cream sedikit demi sedikit sambil gaul sampai fresh cream habis. Bila dah gaul rata nanti dia akan jadi rata & smooth macam ni.
  4. Lining kan loyang kek dengan baking paper (bawah & tepi). Tuang batter tadi, dah habis tuang ketuk2 sikit untuk keluarkan udara dalam batter, ratakan cantik2. Better guna loyang yang boleh cabut bawah tu so bila kek dah siap nanti boleh keluarkan kek dengan cantik.
  5. Masukkan dalam fridge, sejukkan 6-7 hours before serve. Lepas kek dah mengeras, boleh keluarkan & cabut lining tepi tu & tabur powdered sugar. Nak bagi cantik tabur guna pengayak (yang orang guna utk ayak tepung tu)
  6. Nak potong kek cantik2, rendam/alirkan pisau dengan air panas so nanti kek tu tak melekat2 dekat pisau kek.
  7. If you love cheese, choco & enjoy the texture of nama choco, you will love this! Texture dia very smooth, kalau ikut resepi, kek ni tak manis pon. Kalau takde powdered sugar dkt atas tu lagi la tak manis Tapi sebab chocolate & gula dkt Jepun ni kan mmg tak manis pon.
tags: