Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Perkongsian Wanita Ini Mendapat ‘Share’ Yang Banyak, Ini Dia Resepi Korean Garlic Cheese Bun

Perkongsian Wanita Ini Mendapat ‘Share’ Yang Banyak, Ini Dia Resepi Korean Garlic Cheese Bun

Kategori: ,
korean garlic cheese bun

Korean Garlic Cheese Bun berasal daripada Korea Selatan dan boleh ditemukan di setiap gerai di street food di kawasan Gangnam Station, Seoul. Tetapi tak kan lah nak pergi korea semata-mata nak makan roti ini kan. Buat sendiri je ikut resepi yang dikongsi oleh wanita ini. Mudah, simple dan sememangnya sedap!

RESEPI ROTI BUN:

Bahan-bahan:

  • 1/2cawan fresh milk suam
  • 2 sb gula
  • 2 sk yis
  • 250gm tepung roti/ high protein
  • 1 biji telur
  • 1 sk garam
  • 2 sb marjerin

Cara penyediaan:

  1. Campurkan susu, yis dan gula. Ketepikan, biar sampai berbuih.
  2. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan telur, garam dan adunan yis tadi.
  3. Uli dan masukkan marjerin. Selepas itu, uli lagi dengan tangan/mixer sampai doh menjadi elastik. (Bila tarik tak koyak).
  4. Biarkan selama 45-60 minit sehingga doh kembang.
  5. Apabila doh dah kembang sekali ganda, tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.
  6. Bahagikan doh kepada saiz-saiz kecil.
  7. Biarkan sekejap lebih kurang 10 minit supaya doh naik.
  8. Kemudian baakar suhu 180 darjah selama 20 minit.

RESEPI SOS CREAM CHEESE

Bahan kisar:

  • 200g cream cheese
  • 1./2 cawan whippig cream
  • 2 sb gula

Bahan Sos Garlic:

  • 3sb butter/marjerin
  • 6 ulas garlic cincang
  • 1/2 cawan fresh milk
  • 1 biji telur
  • 2 sb madu
  • Sedikit parsley, mixed herb pun boleh

Cara penyediaan:

  1. Campurkan semua bahan kisar dalam pengisar. Apabila dah selesai kisar, tuangkan dalam piping beg. (Tiada piping beg masukkan je ke dalam plastik biasa daan gunting dekat bucunya)
  2. Untuk sos garlic pula, cairkan butter dalam periuk, dengan menggunakan api yang perlahan sahaja.
  3. Kemudian masukkan semua bahan sos garlic.
  4. Sebelym masukkan telur tutup api terlebh dahulu.
  5. Selepas masukkan telur baru kacau bagi sebati.
  6. Siap

CARA MENYEDIAKAN ROTI KOREAN GARLIC CHEESE BUN

  1. Selepas bun dah masak dan sejuk. Belah 4 tetapi jangan putus.
  2. Kemudiakan paipkan sos cream cheese dekat celah-celah belahan tu. Mahu lagi sedap paip la banyak-banyak. Melimpah gitu.
  3. Kemudian curahkan sos garlic supaya kena di keseluruhan bun.
  4. Masukkan kembali ke dalam oven selama 10 minit dengan suhu 160 darjah.
  5. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Nadira Baharudin Via MAHN

 

tags: |