Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Baked Macaroni With Meatball Yang Mudah Dan Sangat Digemari Ramai

Resepi Baked Macaroni With Meatball Yang Mudah Dan Sangat Digemari Ramai

Kategori:

Ini dia resepi baked macaroni with meatball yang mudah dan sangat digemari ramai. Nak buat senang je cuma perlu banyak benda yang perlu dibuat kerana ia menggunakan meatball, daging kisar dan macaroni. Macaroni tu perlu di rebus dahulu kemudian goreng meatball serta tumis daging kisar bersama bahan-bahan lain. Tapi rasa dia memang sedap. Ramai sangat yang mengemarinya, lebih-lebih lagi golongan muda.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 Cawan susu segar
  • 2 sb buttercup/marjerin
  • 1 sb tepung gandum
  • 1 cawan macaroni | direndam dan direbus
  • 1 bungkus bebola daging
  • 1 labu bawang merah | dicincang halus
  • 2 ulas bawang putih | diketuk dan dicincang halus
  • 1 cawan daging kisar
  • 1 sk lada hitam | dikisar halus
  • 1 batang carrot | dipotong dadu
  • 1 biji lada benggala hijau | dipotong dadu
  • 1 tin sos predo
  • Mozarella cheese

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rendam macaroni dalam masa 30 minit sebelum direbus. Rebus sehingga empuk dengan sedikit garam dan minyak.
  2. Untuk bebola daging, terpulang nak guna sebanyak mana pun. Basuh, toskan dan goreng bersama minyak hingga garing.
  3. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau tetapi jangan sampai hangus.
  4. Masukkan daging kisar ke dalam tumisan bawang tadi. Kemudian masukkan lada hitam dan garam secukupnya.
  5. Seterusnya masukkan lobak dan lada benggala. Kacau rata dan masak hingga air daging tadi sedikit kering.
  6. Masukkan sos prego dan diikuti dengan bebola daging yang telah digorengkan tadi.
  7. Masak lagi sehingga kuah mendidih.
  8. Apabila dah mendidih, masukkan macaroni dan tutup api.
  9. Panaskan oven dalam masa 10 minit dengan suhu 170.
  10. Susunkan bebola daging ke dalam aluminium foil. Kutip bebola tadi, masukkan ke dalam aluminium kemudian sendukkan pula macaroni.
  11. Curahkan dengan creamy sos , kemudian boleh taburkan mozarella cheese seberapa banyak yang anda suka.
  12. Bakar selama 20 minit atau sehingga cheese mencair.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Ain kamis

tags: