Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Ini Tips Penting Goreng Ikan Keli Agar Tak Meletup Masa Menggoreng Dan Cantik Je Rupanya

Ini Tips Penting Goreng Ikan Keli Agar Tak Meletup Masa Menggoreng Dan Cantik Je Rupanya

Kategori:
tips goreng ikan keli

Ikan keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Kalau dulu ikan keli ini sering didapati di sawah padi atau pun sungai-sungai kecil. Tetapi kini tidak lagi kerana sudah ada yang menternak ikan keli ini. Jadi kita boleh mendapatkannya di kedai atau pasar.

Isi ikan keli ini sangat sedap dan enak , ikan keli ini kebiasaanya lebih sedap apabila digoreng. Lebih-lebih lagi dibuat ikan keli goreng berlada, tetapi apa yang menjadi masalah bagi sesetengah orang adalah apabila menggoreng, ikan keli sering meletop dan rupanya juga tidak cantik.

Cara & Tips Penting Goreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup Dan Cantik.

Ini dia tips penting goreng ikan keli agar tak meletop masa menggoreng dan cantik je rupanya:

  1. Jangan terpedaya dengan ikan keli yang besar. Kalau anda nak tahu, sebenarnya ikan keli yang besar isinya tidak sedap dan sedikit liat jika dibandingkan dengan ikan keli yang kecil. Jadi pilihlah ikan keli yang kecil-kecil.
  2.  Apabila dah selesai membuang perut ikan, basuh ala kadar sahaja dulu kemudian potong kepala ikan. Selepas itu kelarkan ikan tersebut macam dalam gambar.
  3. Setelah selesai kelar, bubuhkan tepung gandum dengan limau. Ramas-ramas bagi keluar lendir kemudian masukkan air sedikit-sedikit dan ramas-ramas lagi. Kemudian barulah basuh bersih-bersih.
  4. Apabila dah bersih, bubuhkan garam dan kunyit. Sambil tu boleh la panaskan kuali.
  5. Akhir sekali goreng macam biasa. InshaAllah tak meletup dan cantik je rupanya.

Selepas ini senang lah nak menggoreng ikan keli. Tak perlu risau dan takut meletup atau terpercik minyak dah. Yang pasti kalau guna cara ini ikan keli yang anda goreng lebih sedap dan rangup.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Rohayu Naura

Baca juga: Cara Hilangkan Hanyir Ikan Keli & Tips Menggoreng Agar Lurus Elok, Yang Penting Tak Meletup

tags: |