Dah bosan makan cheese tart yang kosong je tanpa topping? Kali ini jom cuba buat cheese tart buah-buahan pula. Guna buah-buahan segar lagi sedap rasanya, sesuai sangat gabungan cheese dan buah. Memang wajib cuba buat ni!
Cheese Tart Buah-Buahan
Bahan-bahan untuk tart shell:
- 100g mentega (salted)
- 60g gula aising
- 1 biji kuning telur
- 1/2 sudu kecil esen vanilla
- 200g tepung gandum
Cara-cara:
- Putar mentega dengan gula sehingga sebati.
- Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Putar lagi.
- Masukkan tepung dan gaul rata sehingga menjadi doh.
- Masukkan doh ke dalam acuan tart dan tekan untuk membentuk tart. Kemudian cucuk dengan garfu untuk mengeluarkan udara.
- Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga sedikit keperangan.
Bahan untuk inti cheese:
- 500g cream cheese (cheese dikeluarkan dari peti ais 15 minit awal)
- 30g butter
- 100g gula aising
- 1 biji telur gred A (kocok perlahan dahulu)
- 20g non dairy whipping cream (optional)
- Sedikit esen vanilla
Cara-cara:
- Satukan cheese, butter dan gula aising dan putar sehingga lembut dan gebu.
- Masukkan telur *yang dah dikocok tadi, masukkan 1 sudu besar demi 1 sudu (anggaran 3 sudu besar sahaja, jangan lebih)
- Kemudian putar sekejap.
- Jika adunan pekat atau kental, tambahkan sedikit whipping cream non dairy. Jika adunan lembut tak perlu letak whipping cream.
- Jika masukkan whipping cream, jangan putar guna mesin, hanya gaul dengan senduk atau spatula sahaja. (whipping cream tak perlu putar)
- Susun shell tart dalam tray, letakkan filling(terpulang nak letak blueberry, strawberry dll) di tengah.
- Masukkan inti cheese dalam piping bag, gunting hujung sama besar dengan lubang shell.
- Letakkan cheese dengan memegang piping bag secara menegak.
- Letakkan cheese secara membunjut dan menggunung, kalau nak lagi buncit, letak lagi tinggi dan penuh.
- Bakar selama 10-15 minit api atas bawah pada suhu 170 C.
- Letakkan hiasan mengikut cita rasa masing-masing.
Kredit: Suhaiza Sue, Norazlitaaziz