Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi Miang Pla Yang Sedap Dan Mudah, Buat Sendiri Je Kat Rumah Jimat Sangat

Wanita Ini Kongsi Resepi Miang Pla Yang Sedap Dan Mudah, Buat Sendiri Je Kat Rumah Jimat Sangat

Kategori: ,,

Miang pla adalah makanan daripada Thailand. Makanan ini sebenarnya berasaskan ikan siakap atau ikan lain  yang dibakar dan di makan bersama dengan bihun dan daun salad serta dicicah dengan sosnya. Tetapi ada juga sesetengah orang goreng sahaja ikan tersebut, tak bakar. Tapi itu semua terpulang pada diri masing-masing, sama ada suka yang bakar atau goreng. Anda boleh rujuk resepi kat bawah ini yang dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook.

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan talapia
  • Ikan kerisi (kalau tak nak pun takpe)
  • Bihun | dicelur

Bahan Ulaman:

  • Daun salad
  • Timun batang
  • Daun ketumbar

Bahan Sos:

  • Cili padi
  • Lada besar (tambah untuk kurangkan rasa pedas, taknak letak pun takpe, terpulang)
  • Bawang putih
  • Sos ikan
  • Garam
  • Gula
  • Gula melaka
  • Akar daun ketumba
  • Perahan limau kasturi
  • Sedikit air

CARA PENYEDIAAN:

Ikan:

  1. Lumurkan maggi cukup rasa pada ikan.
  2. Goreng sehingga garing

Sos:

  1. Kisarkan semua bahan sos dan sesuaikan rasa mengikut tekak sendiri.
  2. Kemudian hiris halus daun ketumbar dan tabur dalam sos.

*Sos ini kena dengan selera saya dan suami. Kalau korang rasa nak ubah apa-apa, ubahlah ikut tekak dan selera masing-masing ye.

Hidangkan dan makanlah dengan riang bersama yang tersayang!

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Nabilah Mohd Nawi Via MAHN

 

 

 

 

tags: