Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi Cupcake Menul Nutrijell

Indonesian Cuisine: Resepi Cupcake Menul Nutrijell

Kategori: ,,

Hari ini saya nak kongsikan satu resepi yang sangat sesuai untuk anda dan seisi keluarga untuk dijadikan juadah minum petang korang semua iaitu Resepi Cupcake Menul Nutrijell.

Resepi yang sangat ringkas dan sudah pastinya rasanya sangat sedap. Kalau korang semua tak percaya, jom kita try buat sesama. Berikut adalah resepi cupcake menul nutrijell kukus tanpa menggunakan mixer.

 

Resepi Cupcake Menul Nutrijell

Bahan – bahannya:

  • 7 sdm tepung terigu
  • 7 sdm gula pasir
  • 7 sdm minyak goreng
  • 7 sdm skm putih
  • 2 butir telur
  • 1/2 sdt soda kue
  • 1/4 sdt vanili
  • 1 bungkus nutrijell
  • Chocochip (topping)
  • 4 sdm air hangat
  • Pewarna makanan secukupnya (sesuai selera)

 

Cara-cara Memasak:

  1. Ayakkan tepung terigu supaya tidak ada yang berketul. Masukkan soda kuih dan adukkan sampai merata. Telur dicampurkan dengan vanilli dan gula pasir. Kocokkan sehingga gula pasir benar-benar larut.
  2. Kemudian tuangkan kedalaman adunan tepung dan aduk hingga sebati. Masukkan nutrijell kedalam air hangat dan kacau supaya sebati.
  3. Masukkan susu kental manis kedalam adunan tepung dan juga nutrijell dimasukkan semua sekali. Kemudian gaulkan sehingga benar-benar sebati.
  4. Masukkan pewarna makanan mengikut selera masing-masing. Gaulkan sehingga warna tercampur sebati. Akhir sekali masukkan minyak masak dan adukkan lagi sehingga sebati.
  5. Masukkan kedalam bekas mengikut citarasa dan topping mengikut selera anda dan kukus selama 20 minit didalam kukusan yang dipanaskan terlebih dahulu.
  6. Apabila sudah masak, angkat dan siap untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba, semoga bermanfaat.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda:

Kredit Oleh : Mama Adeeva

tags: | | |