Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Buat Mini Pavlova ‘Step By Step’, Kos Murah Tapi Rasa Mahal!

Cara Buat Mini Pavlova ‘Step By Step’, Kos Murah Tapi Rasa Mahal!

Kategori:
Mini Pavlova

Teringin nak makan mini pavlova yang macam orang jual tu? Mudah sangat nak buat rupanya, kos bahan yang digunakan pun sangat murah. Buat sendiri lagi puas hati, boleh makan puas-puas!

Jom ikuti resipi mini pavlova perkongsian oleh Azlina Ina.

Mini Pavlova

Bahan-bahan:

  • 5 biji putih telur putih sahaja Gred B kalau A 4
  • 3/4 cawan gula kastor/150g
  • 1 sb tepung jagung
  • 1 skcuka makan
  • 1 sk esen vanilla

Cara-cara:

  1. Asingkan putih telur dan kuning telur, pastikan tiada air dalam bekas dan tiada telur kuning terikut sekali.
  2. Pukul telur putih sehingga kembang dan berbuih-buih.
  3. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul sehingga ketal dan berkilat. Tips: Bila terbalikkan mangkuk, adunan tak jatuh.
  4. Kemudian baru masukkan tepung jagung, cuka dan esen vanilla dalam adunan. Kacau laju menggunakan spatula kayu.
  5. Masukkan dalam piping beg nozel guna saiz 1M.
  6. Selepas sebati semuanya, alaskan loyang dengan baking paper, letakkan adunan di atas loyang mengikut bentuk yang disukai. Penyekkan di tengah sedikit untuk letak filling nanti.
  7. Panaskan oven selama 150’C selama 15 minit dan selepas itu turunkan suhu kepada 130-140’C, barulah dimasukkan adunan dan dibakar selama 60 -75 minit bergantung pada oven anda. Masak pavlova memang suhu rendah dan kena sabar.
  8. Jangan keluarkan pavlova terus dari oven lepas masak. Regang kan pintu oven dan biarkan pavlova agak sejuk baru keluarkan.
  9. Ketepikan.

Bahan-bahan Topping:

  • 2 cawan whipping cream non dairy
  • Buah-buahan kesukaan pilihan masing-masing

Cara-cara:

  1. Pukul whipping cream sehingga kental. Masukkan dalam pipping beg, guna novel 1m.
  2. Paipkan atas pavlova yang dah disejukkan tadi.
  3. Susun buah-buahan pilihan.
  4. Siap.

Selamat mencuba!

Kredit: Azlina Ina Fans

tags: | |