Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi Ayam Penyet

Indonesian Cuisine: Resepi Ayam Penyet

Kategori: ,,

Pada entri kali ini, kami akan kongsikan resepi ayam penyet. Resepi ini sesuai untuk dijadikan lauk bersama nasi. Resepi ini sangat ringkas dan bahan-bahannya sangat senang untuk diperolehi. Berikut adalah cara menyediakan ayam penyet ala restoran.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ayam
  • 2 siung bawang putih
  • Daun salam, daun jeruk kunyit, jahe, lengkuas, sereh
  • Ketumbar, merica, garam, kaldu ayam bubuk dan gula pasir secukupnya

Bahan-bahan untuk membuat sambal:

  • Cabe rawit dan cabe besar sesuai selera
  • 5 siung bawang merah
  • 2 siung bawang putih
  • 1 buah tomat
  • Terasi
  • 1 buah jeruk limo
  • Garam dan gula jawa secukupnya

Cara-cara penyediaan & memasak:

  1. Tumbukkan garam, ketumbar, merica, bawang putih dan kunyit hingga halus. Kemudian masukk serai dan ketuk kasar sahaja.
  2. Kemudian masukkan bumbu kedalam periuk yang berisi air. Masukkan daun salam dan daun jeruk. Kemudian masukkan ayam dan biarkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan gula pasir dan kaldu ayam bubuk. Apabila ayam masak, keluarkan dan gorengkan sehingga keperangan. Angkat dan toskan minyak terlebh dahulu.
  4. Masukkan bawang merah, terasa, tomat,  cabe besar dan cabe rawit kedalam kuali dan tumis sekejap. Kemudian tumbuk halus dan masukkan garam dan gula jawa. Akhir sekali masukkan perahan limau secukup rasa.
  5. Masukkan ayam kedalam lesung yang berisi sambal dan tumbuk kasar ayam. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu. Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda.

Kredit oleh: Mama Adeeva

tags: | | |