Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Melayu: Ayam Goreng Masak Merah

Resepi Melayu: Ayam Goreng Masak Merah

Kategori: ,

Ayam Goreng Masak Merah adalah hidangan yang paling disukai oleh rakyat Malaysia dari semua peringkat umur. Terdapat banyak versi Ayam Goreng Masak Merah yang telah diubahsuai mengikut citarasa anak tekak sendiri. Berikut adalah resepi untuk memasak Ayam Goreng Masak Merah:

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ayam
  • Garam kunyit
  • Bawang Holland
  • Bawang Putih
  • Halia
  • Serai
  • Cili Kering(kisar)
  • Air(sedikit)
  • Garam
  • Gula
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Hirisan bawang besar

Cara-caranya:

  1. Sediakan semua bahan yang diperlukan untuk memasak Ayam Goreng Masak Merah.
  2. Basuh, gaul ayam dengan garam kunyit. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak dan ketepikan.
  3. Kisar halus bawang holland, bawang putih, dan halia. Panaskan minyak, ketuk serai dan tumis. Kemudian, masukkan bahan kisar tadi, tumis sampai naik bau.
  4. Masukkan cili kering kisar. Masukkan air, masak sampai pecah minyak. Jika dah pecah minyak, masukkan gula, garam, sos cili, sos tomato, dan ayam. Kemudian, masukkan hirisan bawang besar.
  5. Masak seketika. Siap untuk dimakan dengan nasi.

Tonton video di bawah untuk mengetahui cara-caranya:

Kredit: Mila Campak Campak

tags: | | |