Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resepi Daging Masak Merah Special, Memang A Plus Sangat Rasanya!

Wanita Ini Kongsi Resepi Daging Masak Merah Special, Memang A Plus Sangat Rasanya!

Kategori:

Selain dari Daging Goreng Kunyit dan Daging Goreng Kicap, daging juga boleh dibuat Daging Masak Merah. Resepi Daging Masak Merah yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi ini berbeza dengan mana-mana resepi yang lain kerana ianya menggunakan rempah ratus.

Rasanya memang tak boleh nak cakap macam mana. Tersangat sedap dan lain daripada yang lain. Sangat sesuai dimakan pada bila-bila masa. Jom kita buat sekarang!

Cara Buat Daging Masak Merah Yang Mudah & Sedap! 

BAHAN-BAHAN:

  • 300 gram daging | dibasuh dan ditoskan
  • 3 sdb rempah ayam madu cikgu afy
  • 1 senduk stok ibu sambal bilis
  • 1/2 sb sos tomato dan sos cili
  • Daun limau purut
  • Cili padi merah dan hijau | dipotong

Bahan Tumis:

  • 3 ulas bawang putih | dicincang dadu
  • 1 biji bawang merah
  • 1/4 bawang holland

CARA PENYEDIAAN:

  1. Masukkan rempah ayam madu cikgu afy. 
  2. Tambahkan sedikit air dan rebus kira-kira 15 minit dalam api perlahan atau sehingga daging menjadi separuh masak.
  3. Apabila sudah di rebus, potong daging tersebut nipis-nipis.
  4. Goreng sehingga daging tersebut menjadi sedikit garing. Kemudian ketepikan.
  5. Dari minyak yang sama, guna sedikit untuk menumis bahan tumis. Tumis bawang putih sehingga garing dulu kemudian baru masukkan bawang lain.
  6. Kemudian masukkan stok ibu sambal bilis. Campurkan juga lebihan air rebusan daging tadi. Kemudian tambahkan pula sos tomato dan sos cili serta sedikit air. Perasakan dengan garam dan gula ikut citarasa sendiri.
  7. Kemudian masukkan hirisan daging tadi.
  8. Bagi menaikkan lagi warna masakan boleh tambahkan rempah ayam madu cikgu Afy. Biarkan semua menyerap.
  9. Akhir sekali, masukkan daun limau purut dan cili padi bagi menaikkan warna.
  10. Siap untuk dihidangkan!

Tampak menyelerakan Daging Masak Merah ini? Tak lama lagi kita bakal menyambut Hari Raya Korban. Jadi apa kata kita masak macam ni. Pasti berpuas hati puny!

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Cikgu Afy AL-Habibi

Baca juga : Resepi Daging Phad Phed Ala Thai, Confirm Makan Nasi Bertambah-Tambah!

tags: | | |