Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Indonesian Cuisine: Resepi Donat Kentang

Indonesian Cuisine: Resepi Donat Kentang

Kategori: ,,

Masyarakat dan anak-anak memang cukup mengemari donut. Kerana itu ibu-ibu atau suri rumah seringkali sediakan donut untuk minum petang keluarga. Semua orang sukakan donut yang lembut dan gebu tapi tidak berminyak dan terlalu lembut sangat. Berikut adalah cara mudah membuat donat kentang yang lembut.

Bahan biangnya adalah :

  • 100 ml air hangat kuku
  • 1 sdm gula pasir
  • 1 sdm susu bubuk
  • 1 sdt fermipan

Bahan doughnya adalah :

  • 250 gram tepung terigu pro tinggi
  • 2 butir kuning telur
  • 100 gram kentang kukus dihaluskan
  • 1 sdm blueband
  • Sedikit garam

Cara masakan

  • Aduk susu bubuk, gula pasir dan fermipan dan biarkan selama 10 minit
  • Selanjutnya campur tepung terigu, kuning telur, kentang dan bahan biangnya
  • Setelah semuanya tercampur, taburkan tepung dan uli hingga kalis
  • Biar dalam bekas yang tertutup selama 1jam
  • Ambil sebahagian dan pipihkan, kemudian cetak dan setelah dicetak  biarkan selama 10 minit sebelum di goreng
  • Goreng dengan api yang kecil sehingga matang
  • Langkah terakhir letak topping mengikut selera masing-masing

Selamat mencuba, semoga bermanfaat.

Tonton video ini sebagai panduan untuk memudahkan anda :

Kredit Oleh : Mama Adeeva 

tags: | | |