Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Senang Je Nak Buat Apam Balik Macam Kat Pasar Malam, Baru Boleh Makan Puas-Puas

Senang Je Nak Buat Apam Balik Macam Kat Pasar Malam, Baru Boleh Makan Puas-Puas

Kategori:
apam balik

Siapa suka makan apam balik? Memang sedap dan sesuai untuk minum petang. Kalau buat sendiri, boleh makan panas-panas lagi sedap! Jom cuba buat sendiri, hanya perlu guna kuali non-stick, tak perlu guna acuan istimewa pun. Ikuti resipi di bawah.

Cara Buat Apam Balik

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 sudu gula
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 biji telur
  • Setengah sudu kecil garam
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 sudu susu pekat

Cara-cara:

  1. Pukul gula dan telur sehingga kembang.
  2. Masukkan air, susu dan garam. Pukul lagi.
  3. Masukkan tepung, soda bikarbonat dan baking powder.
  4. Perap selama 4 @ 5 jam.
  5. Masak dalam kuali. Bila separuh masak, masukkan kacang tanah dan jagung.
  6. Apabila sudah masak, lipatkan.
  7. Selamat mencuba!

Kredit: Noraini Masrah

tags: