Dengan daging pelbagai masakan yang kita boleh sediakan seperti daging goreng Thai dan daging goreng kunyit. Memang ramai yang menggemari daging goreng kunyit ni tapi tak ramai yang tahu cara tepat nak menyediakan daging goreng seperti ini.
Setiap negeri pasti ada cara dan hidangan yang tersendiri untuk masakan daging seperti ini. Korang nak cuba masak Daging Goreng Kunyit cara Kelantan? Jom ikuti perkongsian resepi di bawah ini.
Cara Buat Daging Goreng Kunyit Cara Kelantan Yang Mudah & Sedap!
BAHAN-BAHAN:
- Daging
- Kunyit Serbuk
- Halia | hiris nipis
- Bawang besar/bawang holland
- Cili merah | hiris nipis
- Minyak secukupnya
- Garam
- Kacang panjang/kacang buncis (jika suka)
CARA PENYEDIAAN:
- Daging dihiris nipis. Gaulkan dengan kunyit dan garam secukupnya.
- Masukkan air paras daging dan rebus di dalam kuali sehingga empuk.
- Apabila airnya dah kering, tuangkan sedikit minyak dalam kuali (ikut la ada setengah orang suka letak minyak lebih) dan bukja api.
- Goreng daging seketika dan masukkan garam jika perlu.
- Akhir sekali baru masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili potong.
- Kacau atau biarkan sehingga layu.
- Siap untuk dihidangkan.
Mudah sahaja kan nak buat Daging Goreng Kunyit ini? Ikut je resepi ini, memang menjadi dan dan sangat sedap. Sekali rasa pasti nak lagi.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Mas Aura
Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Memasak Daging Goreng Terengganu Yang Sangat Sedap. Warga Ganu Approve Resepi Ini!