Ini dia resepi tomyam pok tek atau tomyam paling kaw. Resepi ini dikongsi oleh seorang wanita di laman facebook yang dikenali dengan nama Wan Nur Dalila. Bagi sesiapa yang asyik fail masak tomyam, boleh rujuk resepi kat bawah ini. InshaAllah menjadi!
BAHAN-BAHAN:
- Sedikit minyak masak utk menumis
- 5 ulas bawang putih (dihiris nipis)
- * 1 biji bawang holand dikisar,1/2 biji bawang holand dihiris nipis
- 1 inci lengkuas
- 2 batang serai
- 2-4 helai daun limau purut
- 1 biji tomato
- 1 biji limau nipis
- 5 biji cili padi
- Daun ketumbar
- 1/2 batang lobak merah
- 7 keping cendawan tiram
- 1/2 mangkuk kecil sos cili
- 1/2 mangkuk kecil kicap sotong
- 3 sudu besar pes tomyam
- 2/3 mangkuk kecil santan
- 1 ketul dada ayam ( kalau campur tengkuk dan kaki ayam lg best)
- 4 ekor sotong
- Udang ikut suka
- Lala ikut suka
CARA PENYEDIAAN:
- Rebus lauk-lauk secara berasingan dgn air yang paras lauk je. Untuk lauk seafood jangan rebus lama sangat tau, dah mndidih tutup api. Untuk ayam ,rebus biar betul-betul daging ayam masak.
- Tumis bawang putih dan semua bawang holand hingga garing dan naik bau
- Ramas daun limau purut dan masukkan
- Ketuk serai dan lengkuas, masukkan
- Hiris tomato dan masukkan (akak x letak tomato sbb tomato dh abis?,akak lebihkn limau nipis)
- Ketuk cili padi dan masukkan
- Masukkan pes tomyam
- Bila bahan2 dh naik minyak,masukkan setiap air rebusan
- Masukkan hirisan lobak merah
- Masukkan lauk2 satu persatu bermula dgn ayam dan di akhiri dgn udang
- Bila dah mendidih,masukkan sos cili dan kicap sotong
- Perah limau nipis
- Masukkan cendawan tiram dan santan
- Bila nampk cendawan hampir lembut,masukkan daun ketumbar
- Siap untuk dihidangkan
Nota: Air rebusan lauk tu jangan banyak sangat nanti tak best.
SELAMAT MENCUBA!
Sumber: Wan Nur Dalila