Sejak akhir-akhir ini, ramai merungut katanya kat kedai cream cheese asyik habis. Mungkin ada yang sudah merata tempat mencari, tapi asyik habis stok je. Mana tidaknya, orang ramai tidak terlepas peluang mahu mencuba pelbagai resepi viral seperti Korean Cheese Bun, Burn Cheese Cake dan sebagainya yang memerlukan penggunakan krim keju ini.
Seorang wanita berkongsikan cara membuat cream cheese sendiri kat rumah. Selesai masalah, tak perlu pergi merata tempat semata nak cari cream cheese. Jom ikuti perkongsiannya di bawah, hanya perlu guna 3 bahan mudah.
Hari tu susah hati tak jumpa cream cheese kan.. Buat sendiri…settle masalah… Lepas ni boleh la nak buat roti korea pun.. Nak buat kek pun takda hal.. Terima kasih kepada youtube..
Nota: Rasa tak sama 100% macam kilang buat..nama pun homemade kan…tapi..hampir sama…ada rasa cheese…lepaslah untuk makan sendiri..orang yang berniaga kena jaga kualiti brg ye…better beli…. Untuk yang tanya berapa banyak mana hasil dia…1 liter dpt 1 cwn..
Kredit: Dee Diana Haser