Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Pernah Tak Tertanya-Tanya, Kenapa Air Minuman Ada Tarikh Luput? Ini Jawapannya..

Pernah Tak Tertanya-Tanya, Kenapa Air Minuman Ada Tarikh Luput? Ini Jawapannya..

Kategori: ,
Tarikh Luput

Semua produk makanan dan mimunan perlu menyatakan tarikh luput untuk menyeragamkan pembungkusan makanan termasuklah air kosong. Jika tarikh luput sudah sampai ke tarikh yang dinyatakan, makanan atau minuman tersebut perlu dibuang.

Mesti ramai yang tidak terfikir perkara ini, walaupun terdapat tarikh luput pada botol air minuman/mineral namun air minuman sebenarnya tiada tarikh luput. Jom baca perkongsian oleh Dr. Fatimah Salim yang berkongsikan kenapa air minuman ada tarikh luput.

Kenapa Air Minuman Ada Tarikh Luput?

Peraturan menyatakan tarikh luput pada semua makan dan minuman, termasuklah air kosong adalah sebenarnya digunapakai di New Jersey (1987), USA. Ianya bertujuan untuk menyeragamkan pembungkusan air.

Sesetengah air minuman hanya diberikan tarikh luput ‘baik sebelum’ (best by) dalam tempoh dua tahun atau kurang dari tarikh pembungkusan. Tarikh ini boleh membantu dalam mengenalpasti berapa lama air minuman itu telah dibungkus dalam bekasnya.

Ini kerana bergantung kepada kaedah penyimpanan, tahap pendedahan kepada cahaya dan suhu (contoh ditinggalkan dalam kereta atau terdedah dengan cahaya matahari secara terus) dan jenis bahan botol bungkusan (terutamanya plastik), boleh mengubah rasa air minuman ini.

Suhu dan cahaya berupaya mengganggu integriti bahan binaan bekas bungkusan plastik dan menyebabkan komponen plastik bocor ke dalam air minuman. Penyimpanan dalam tempoh masa yang lama juga boleh menyebabkan bahan penstabil (antioksida) pada bekas berkurangan berfungsi dan meningkatkan juga potensi kontaminasi bakteria. Disamping itu, air juga berpotensi menyerap bahan kimia gas lain daripada persekitaran menyebabkan rasa air berubah.

Namun usah risau kerana kebanyakkan botol untuk membungkus air minuman/ mineral adalah diperbuat dari plastik jenis polyethylene terephthalate (PET- RIC No.1) dan high-density polyethylene (HDPE- RIC No.2). Walaupun berlakunya bocoran, namun kedua jenis plastik ini adalah antara plastik yang paling selamat dan TIDAK akan membahayakan kesihatan.

Maka, walaupun telah melepasi tarikh luput, air minuman masih lagi selamat diminum.

Kredit: Dr. Fatimah Salim

Baca juga: ‘Dietitian’ Ini Kongsi Kopi Sachet Yang Sesuai Untuk Orang Tengah Diet

tags: