Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Sos Hitam Yong Tau Fu Super Pekat Dan Sedap! Memang Tak Boleh ‘Move On’

Resepi Sos Hitam Yong Tau Fu Super Pekat Dan Sedap! Memang Tak Boleh ‘Move On’

Kategori:
resepi kuah yong tau fu

Ramai yang suka makan yong tau fu ni kan. Sekali beli kat pasar malam kadang tak sedar sampai berpuluh puluh ringgit. Lebih-lebih lagai kalau anak ramai, beli sedikit-sedikit mana cukup kan. Lebih baik buat sendiri lebih puas makan. Jadi apa kata buat sendiri je, nak buat sos dia tu  senang yang amat je. Kalau makan tu, memang puas la. Anda cuma beli seafood dia sahaja.

BAHAN-BAHAN SOS:

  • Kicap pekat jalen 3 sudu besar
  • Sos tiram 2 sdu besar
  • Cili kering blend 2 sudu besar *
  • Bawang putih 4 ulas *
  • Belacan (sebesar ibu jari) *
  • (Bahan yang bertanda * bahan untuk blend)
  • Gula melaka sebuku
  • Tepung jagung 2 sudu besar, bancuh dengan sedikit air.
  • Minyak untuk menumis.
  • Air dalam 3 atau 4 cawan.
  • Garam tengok kalau tak masin baru bubuh.
  • Bijan yang disangai (optional)

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bahan blend yang bertanda *.
  3. Tumis sampai pecah minyak
  4. Kemudian masukkan gula melaka.
  5. Tambah air secukupnya, masak dengan api perlahan.
  6. Masukkan sos tiram dan kicap pekat.
  7. Selepas itu, masukkan air tepung jagung, masak lagi sampai betul-betul hilang rasa tepung jagung.
  8. Perasakan garam jika perlu. Siap.

Nota: Masak sehingga betul betul pekat baru power dan kaw sedap (tambah bancuhan tepung jagung jika sos cair). Sos ni boleh disimpan dalam peti ais. Bila nak makan panaskan je balik.

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Umi Azmi Via MAHN

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Buat DUA Jenis Kuah Yong Tau Fu Yang Sedap Dan MANTAP!!

tags: |