Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Daging Bawang Putih Lain Dari Yang Lain, Resepi Dari Bangkok Yang Sedap & Mudah

Daging Bawang Putih Lain Dari Yang Lain, Resepi Dari Bangkok Yang Sedap & Mudah

Kategori:
Daging Bawang Putih

Nampak menyelerakan sungguh daging bawang putih ini kan? Menurut empunya resepi, resepi ini diwarisi dari arwah nenek yang berasal dari Bangkok. Kalau makan dengan nasi putih cukup satu lauk ini sahaja, tak perlu lauk lain dah. Cara nak masak pun sangat mudah, cepat dan semestinya sedap.

Resepi Daging Bawang Putih

Bahan-bahan:

  • 1 labu bawang putih*
  • 15 biji cili padi*
  • 1 biji cili merah*
  • Daging 350g
  • 2sb minyak masak
  • Sedikit air
  • Garam, gula, serbuk perasa

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan bertanda (*).
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar tadi.
  3. Kemudian masukkan daging.
  4. Tambah air sikit biar daging empuk.
  5. Tambahkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
  6. Biarkan sampai air kering.
  7. Siap.

Kredit: Myra Chaqkey

tags: |