Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Paling Mudah Buat Agar-Agar Milo Yang Sedap, Guna 3 Bahan Je

Cara Paling Mudah Buat Agar-Agar Milo Yang Sedap, Guna 3 Bahan Je

Kategori:
Resepi agar-agar milo

Agar-agar milo merupakan antara pencuci mulut yang sangat mudah untuk dibuat. Hanya dengan menggunakan 3 bahan sahaja. Walaupun menggunakan 3 bahan sahaja, rasanya tetap sedap. Kalau makan ketika sejuk, lagi sedap. Semua orang pasti menyukainya, Lebih-lebih lagi anak-anak kecil.

Jadi nak tahu tak bagaimana cara membuatnya? Kalau nak tahu, jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini. Sangat mudah daan pastinya sangat sedap.

BAHAN-BAHAN:

  • 3 senduk milo
  • 1 biji telur
  • 1 pack serbuk agar-agar
  • 3/4 tin susu pekat manis
  • 1 kotak santan kara
  • 1 cawan spiderman air sejuk
  • 2 cawan spiderman air panas

CARA PENYEDIAAN:

  1. Mula-mula bancuhkan air panas bersama susu pekat manis dan milo kemudian masukkan telur dan tuangkan santan. Selepas itu bancuh sekata di dalam periuk.
  2. Masukkan serbuk agar-agar kemudian sebatikan.
  3. Tambahkan air sejuk kemudian panaskan dengan api sederhana dan sentiasa gaul bancuhan hingga mendidih kurang lebih 15 minit.
  4. Matikan api dan tuangkan ke dalam loyang dan biarkan sekejap hingga sejuk.
  5. Akhir sekali, masukkan ke dalam peti sejuk dan tunggu hingga siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Agar-Agar Milo ini? Lagi pula, anak-anak pasti suka makanan atau pencuci mulut yang berasaskan Milo ini. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita cuba buat sendiri di rumah.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Norazlitaaziz

Baca juga: Cara Buat Puding Roti Serikandi Yang Cantik, Sedap Dan Mudah

 

tags: | |