Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Tepung Pelita Sukatan Cawan. Cara Orang Lama Yang Sempurna Rasanya, Memang Laku Keras

Resepi Tepung Pelita Sukatan Cawan. Cara Orang Lama Yang Sempurna Rasanya, Memang Laku Keras

Kategori:
resepi tepung pelita

Sejak kebelakangan ini memang banyak isu atau kejadian berkenaan dengan peniaga menjual tepung pelita yang kurang dan tidak memuaskan. Ada yang menjual kuih yang sudah basi dan berair, ada juga yang menjualnya walaupun rasanya tidak sedap.

Sehinggakan rasa dah malas nak beli dari luar. Namun kalau tak beli, tak boleh nak makan. Tapi tak mengapa, jangan risau kerana Mas Cotek sempat berkongsi resepi Tepung Pelita yang mudah. Hanya menyukat bahan dengan menggunakan cawan dan menyediakannya juga dalam cawan.

Nak cuba buat cara begini? Jom kita ikuti perkongsian resepi di bawah ini. Sangat mudah dan pastinya anda akan berpuas hati apabila mencubanya!

Cara Mudah Buat Tepung Pelita, Sukat Bahan Dengan Cawan Je!

BAHAN LAPISAN BAWAH (HIJAU):

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air pandan (opah blend 7 helai pandan)
  • 1 sdt air kapur
  • Sedikit pewarna hijau

CARA PENYEDIAAN:

  1. Satukan kesemua bahan. Kacau sebati (tiada bintil-bintil tepung).
  2. Dengan menggunakan api perlahan, masak sehingga adunan meruap, pekat dan meletup-letup.
  3. Tutup api kemudian tuang ke dalam bekas-bekas kecil.
  4. Ketepikan.

BAHAN LAPISAN ATAS (KEPALA SANTAN):

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 4 cawan santan
  • Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN:

  1. Cara masak sama seperti lapisan hijau.
  2. Satukan kesemua bahan/sebatikan (tiada bintil-bintil tepung).
  3. Masak sehingga meruap, pekat dan meletup-letup.
  4. Sentiasa dikacau ya.
  5. Tutup api.
  6. Tuang adunan ke atas lapisan hijau.
  7. Sejukkan kemudian boleh lah dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Mudah sahaja kan nak buat Tepung Pelita ini? Tak menggunakan daun pandan sebagai bekas acuan pun tak mengapa tau. Cara ini memang sangat mudah dan pasti anda akan berpuas hati dengan rasanya nanti. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita mula membuatnya sekarang.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Mas Cotek

Baca juga: Resepi Biskut Lotus Biscoff Butterscoth Cip Yang Mudah & Menggiurkan. Dijamin Sedap!

tags: