Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resepi Biskut Lotus Biscoff Butterscoth Cip Yang Mudah & Menggiurkan. Dijamin Sedap!

Resepi Biskut Lotus Biscoff Butterscoth Cip Yang Mudah & Menggiurkan. Dijamin Sedap!

Kategori: ,
biskut lotus biscoff butterscoth

Hari raya puasa akan tiba tidak lama lagi. Terasa sekejap sahaja berpuasa kan? Tup-tup kita sudah berada di pertengahan Ramadan. Seperti raya sebelum ini juga, kuih atau biskut raya perlu dihidangkan bagi menyemarakkan lagi suasana dan sambutan hari raya.

Untuk biskut raya ini, ia terpulang kepada individu masing-masing sama ada nak buat sendiri, tempah atau pun beli yang sudah sedia ada di pasaran. Namun bagi anda yang sukakan kelainan dan rasa yang lebih sedap, ada baiknya buat sendiri di rumah.

Mungkin kali ini anda perlu cuba buat biskut Lotus Biscoff Butterscoth Cip ini pula, biskut yang sangat ringkas namun rasanya sangat sedap. Resepi ini telah dikongsikan oleh pengguna Facebook iaitu Sue Cun dan menurutnya ini adalah resepi olahannya sendiri dan mendapat sambutan hangat. Jadi jom kita ikuti resepi di bawah ini.

Cara Buat Biskut Lotus Biscoff Nutella Cornflakes With ButterScoth Cip

Bahan-Bahan:

Bahan A

  • 250g buttercup
  • 1/2 cawan gula aising
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 biji kuning telur
  • 3 sudu besar lotus biscoff

Bahan B

  • 2 cawan tepung gandum | diayak
  • 1 cawan tepung jagung | diayak
  • 1 cawan cornflakes diramas
  • 1 cawan butterscoth cip

Bahan Lain

  • Nutella

Cara Penyediaan:

  1. Kacau sebati bahan A.
  2. Masukkan semua bahan A dalam adunan bahan B. Kalau lembik boleh tambah tepung gandum sedikit demi sedikit sampai jadi doh yang lembut.
  3. Kemudian cubit-cubit doh dengan jari, susun dalam tray pembakar.
  4. Paipkan nuttella atas biskut.
  5. Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 160C atau 170C atau ikut oven masing-masing.
  6. Masukkan biskut ke dalam oven dan bakar selama 15 hingga 20 minit atau sehingga masak.
  7. Siap untuk dihidangkan.

 

Mudah sahaja kan nak buat Biskut Lotus Biscoff Butterscoth Cip ini? Pastinya setiap gigitan akan terasa nikmatnya. Bukan sahaja sedap malah cara penyediaannya juga sangat mudah. Jadi tunggu apa lagi tu? Jom kita siap-siap sekarang dan cari bahan untuk buat biskut ini.

Kredit: Sue Cun 

Baca juga: Cara Buat Puding Bandung Laici Yang Umphh, Gabungan Lemak Manis Dan Aroma Laici Betul-Betul Mengancam!

tags: | |