Bila datang rasa lapar di tengah malam, tak lain tak bukan, maggi kari adalah pilihan yang mudah dan cepat untuk dimasak. Tapi kadang-kadang, bosan juga asyik makan maggi dengan cara yang sama. Jadi apa kata jom cuba buat maggi bandung pedas pula, hanya perlu guna maggi kari sahaja. Bahan-bahan lain yang digunakan juga kebiasaannya sudah ada di dapur. Jom ikuti resepi di bawah.
Resepi Maggi Bandung Pedas Guna Maggi Kari Je
Bahan-bahan:
Cara-cara:
- Tumiskan bawang putih dan bawang merah bersama udang.
- Masukkan cili blend. Kemudian masukkan serbuk maggi kari.
- Masukkan sos cili & sos tomato (kalau tiada, masukkan cuka selepas masukkan air) dan kacau sebati. Masukkan sedikit air.
- Perasakan dengan serbuk maggi cukup rasa.
- Masukkan maggi, sayuran dan telur. Biarkan sehingga maggi lembut.
- Siap untuk dihidang.
Tips:
- Letak cuka much better dari sos tomato.
- Kalau ada udang kering tumbuk, tambah sedap.
- Biasanya untuk hilangkan/matikan perasa maggi serbuk tu, kita tumis.
- Jangan rebus. Anyway maggi bandung ni takde rasa macam maggi sup pun sebab guna cili blend dan sos cili.
Kredit: نورازيندا بهارودين