Cuaca panas-panas ni memang best kalau dapat minum sesuatu yang menyejukkan tekak. Apa kata jom cuba buat sendiri menu penyejuk tekak ini iaitu laicikang. Buat sendiri boleh letak macam-macam mengikut citarasa masing-masing, baru puas hati.
Jom ikuti cara-cara membuat laicikang perkongsian oleh Chenta Abadi di bawah.
Cara Buat Laicikang Sendiri Di Rumah
Bahan-bahan:
-
Biji selasih (rendam)
-
Buah kembang semangkuk (rendam dgn air panas)
-
Barli (rebus)
-
Fungus putih (rebus)
-
Buah kurma merah (rebus letak gula / gula dan daun pandan)
-
Buah longan kering (rendam dgn air panas)
-
Cincau
-
Kacang tanah panggang
-
Kismis
-
Buah kabung
-
Biji Sagu
-
Buah laici (dalam tin)
-
Halwa kundur
-
Buah pala (kering) tapi saya tak letak sbb anak2 tak suka buah pala
-
Agar2 kosong (merah / hijau) tp hari tak sempat buat.
-
Ais
Cara-cara:
- Air rebusan buah kurma merah dah manis macam air gula. Lepas tu campur dengan air buah laici tadi.
- Kemudian campurlah dengan semua bahan tadi.
- Selamat mencuba.
Baca juga: Cara Buat Air Bandung Laici Cincau Sedap Kaw Kaw!