Mesti ada di kalangan kita yang bosan asyik makan kaya kat kedai tu kan? Mesti teringin nak buat sendiri kan. Jadi apa kata anda cuba resepi kaya homemade dekat bawah ini. Bukan satu perisa sahaja yang Daily Makan bawakan kepada anda, tetapi dua perisa. Kaya gula hangus dan kaya pandan. Sangat sedap dan mudah nak sediakan.
RESEPI KAYA GULA HANGUS
Bahan A:
*Hanguskan bahan di atas dan sejukkan terlebih dahulu
Bahan B:
- 1 cawan gula
- 1 cawan santan (pati dari sebiji kelapa)
- 3 biji telur grade B
- 1 ke 2 sdb tepung jagung
- Beberapa helai daun pandan | disimpulkan
Cara Penyediaan:
- Satukan bahan A dan bahan B. Sebatikan dan tapiskan.
- Masak atas api yang kecil atau sederhana hingga mendidih atau seperti larva.
- Sentiasa kacau bagi mengelakkan dari berkerak. Gula hangus akan menerbitkan warna pada kaya.
- Apabila dah likat dan nampak okay boleh tutup api.
- Siap
RESEPI KAYA PANDAN
Bahan A: (Dikisar)
- 10 helai daun pandan
- 1 cawan air
Bahan B:
- 1 cawan gula
- 1 cawan santan pekat (pati dari sebiji kelapa)
- 2 biji telur grade B
- 1 ke 2 sb tepung jagung
Cara Penyediaan:
- Sebatikan bahan A dan bahan B.
- Tapiskan dan masak di atas api yang kecil atau sederhana.
- Sentiasa kacau adunan. Kacau hingga mendidih atau seperti larva meletup-letup.
- Apabila dah likat dan nampak okay boleh tutup api.
- Siap
Nota: Kaya homemade tak berapa tahan lama. Sebab penggunaa santan dan telur. Kalau letak di fridge InshaAllah tahan seminggu.
SELAMAT MENCUBA!