Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Nasi Lemak Yang Di Kukus Lebih ‘Sedap’ Tau, Ini Dia Cara Mengukusnya Mudah Sangat!

Nasi Lemak Yang Di Kukus Lebih ‘Sedap’ Tau, Ini Dia Cara Mengukusnya Mudah Sangat!

Kategori:
resepi nasi lemak kukus yang sedap

Nasi lemak merupakan antara nasi yang sangat disukai oleh rakyat Malaysia. Ia sesuai dijadikan sebagai sarapan pagi tetapi ada je yang makan bukan waktu pagi. Terserah kepada individu terbabit. Nasi lemak ini kebiasaanya di masak biasa, dalam periuk tu.

Tetapi kalau tiba-tiba nak masak, lepas tu periuk rosak boleh lah cuba cara kukus ni. Untuk pengetahuan anda semua, sebenarnya nasi lemak kukus ini lebih sedap tau. Nak cuba buat? Jom kita ikuti cara yang dikongsikan oleh Nina Salleh ini.

Resepi Nasi Lemak Kukus Yang Lebih Sedap & Menyelerakan!

BAHAN-BAHAN:

  • Tiga cawan beras
  • santan kotak kecil 200ml
  • Air sekotak
  • Daun pandan 3 helai
  • Halia | dihiris
  • Bawang merah | dihiris
  • Sedikit garam
  • 1 sb minyak masak

CARA PENYEDIAAN:

  1. Campur semua bahan dalam satu bekas dan kacau sebati.
  2. Tuang bahan yang sudah dikacau dalam kuali.
  3. Panaskan kuali dan keringkan.
  4. Masukkan dalam pengukus hingga 30-45 minit atau sehingga nasi dah masak.
  5. Sedap dihidang dengan sambal, ikan bilis dan ayam berempah.

Mudah sahaja kan nak buat Nasi Lemak Kukus ni? Tak ramai tau yang cuba buat. Mungkin anda orang pertama yang kenalkan nasi lemak kukus ini kepada keluarga dan kenalan anda. Pasti tak menyesal punya. Mudah, cepat dan pastinya sedap!

SELAMAT MENCUBA!

Sumber: Nina Salleh

Baca juga: Peniaga Ini Kongsi Resepi Turun-Temurun Sambal Nasi Lemak Jualan Keluarga Hampir 30 Tahun

tags: |