Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Peniaga Ini Kongsi ‘Rahsia’ Cara Buat Sos Cheese Leleh Banjir Hasil Jualannya, Tengok Pun Dah Terliur!

Peniaga Ini Kongsi ‘Rahsia’ Cara Buat Sos Cheese Leleh Banjir Hasil Jualannya, Tengok Pun Dah Terliur!

Kategori:
real-format-3-25

Mungkin ada di kalangan anda yang sudah lama mahu berjinak-jinak memasuki alam perniagaan kek. Namun, masih tidak berani mencuba kerana bimbang jika kek tidak menjadi atau tidak sedap. Jangan risau, sekarang suka ada yang cara untuk belajar buat. Tak kira samaada kelas secara online, melalui Youtube atau melalui perkongsian oleh orang lain di laman sosial.

Sebagai contoh, perkongsian oleh Shafiqah Muhamad ini khas untuk anda yang mahu mencuba. Beliau berkongsikan cara membuat sos cheese leleh yang pasti anda semua pernah melihat. Menurutnya, resepi ini merupakan resepi rahsia untuk perniagaan beliau. Ikuti resepi lengkap di bawah.

Peniaga Ini Kongsi ‘Rahsia’ Cara Buat Sos Cheese Leleh Banjir Hasil Jualannya, Tengok Pun Dah Terliur!

Peberet ramai tak kira waktu..bdipagi khamis ini saya nak share lagi resepi rahsia niaga saya.. ini cara saya hasilkan sos cheese leleh banjir tuk kek coklat donut best seller.. tak suka xpe seikhlas hati sy share tuk yg ramai brtanya cubalah buat lau sedap leh buatt jual.. resepi sos ni untuk 20biji kek coklat donut dan setiap satu biji kek 4senduk besar saya letak(nk guna tuk 1 biji leh kurangkan buat sikit2)

Bahan-bahan (resepi untuk 20 biji kek):

  • 1 mangkuk cream cheese (beqa/tatura/lain2)
  • 6 sb susu pekat (atas citarasa masing-masing)
  • 2 kotak whipping cream
  • 2 tin susu cair/segar

Cara-cara:

  1. Satukan cream cheese bersama susu pekat.
  2. Putarkan cream cheese dan susu pekat.
  3. Masukkan whipping cream. Putal sehingga kental.
  4. Kemudian baru masukkan susu cair/segar. Putar sehingga sebati, rasa sedikit kalau dah lemak berkrim dah boleh tuang atas kek.
  5. Kalau rasa nak leleh lagi, tambahkan lagi susu cair/segar.
  6. Sebelum dituangkan dengan sos cheese.
  7. Letakkan juga cheese parut jenama beqa atau apa-apa jenama mengikut kemampuan.
  8. Satu potong cheddar cheese dpt 3biji kek.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Shafiqah Muhamad

tags: