Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Senyum Sampai Ke Telinga Bila Suami Puji Sedap! Wanita Ini Kongsi Resepi ‘Susu Pisang Viral’ Mudah

Senyum Sampai Ke Telinga Bila Suami Puji Sedap! Wanita Ini Kongsi Resepi ‘Susu Pisang Viral’ Mudah

Kategori:
susu pisang viral

Anda pernah melihat susu pisang viral yang keluarkan oleh seorang artis wanita tempatan yang popular itu? Jika pernah merasa, anda pasti tahu rasanya bagaimana bukan? Memang sedap sangat, kalau minum sejuk-sejuk lagi sedap!

Rupanya, boleh cuba buat sendiri di rumah. Tak susah mana, mudah sahaja nak buat. Ikuti resepi perkongsian oleh Hanisah Hasbullah di bawah. Beliau senyum sampai telinga bila suami puji sedap. Siapa yang tak suka bila suami puji hasil air tangan kita. Jom cuba!

Senyum Sampai Ke Telinga Bila Suami Puji Sedap! Wanita Ini Kongsi Resepi ‘Susu Pisang Viral’ Mudah

Bahan-bahan:

  • 2 biji pisang/cavendish banana
  • Susu segar (2 cawan, anggaran 2 orang)
  • 4 sudu kecil brown sugar (boleh kurangkan/lebihkan, terpulang)
  • Esen pisang – 2 titik
  • 2 gelas ais – lebihkan kalau suka

Cara-cara

  1. Masukkan pisang, susu segar, brown sugar, esen pisang dan ais ek dalam pengisar.
  2. Kisar sehingga sebati.
  3. Pasti sedap dan dapat disediakan dalam masa 5 minit saja.

Kredit: Hanisah Hasbullah

 

Baca juga: Cara Buat Air Bandung Laici Cincau Sedap Kaw Kaw!

tags: |