Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Spaghetti Carbonara Yang Ringkas, Tak Perlu Guna Sos Hanya Guna Susu Dan Cheese Je. Jom Kita Cuba!

Resepi Spaghetti Carbonara Yang Ringkas, Tak Perlu Guna Sos Hanya Guna Susu Dan Cheese Je. Jom Kita Cuba!

Kategori: ,
resepi spaghetti carbonara

Spaghetti atau pasta merupakan makanan yang berasal dari Itali dan sangat terkenal di seluruh dunia. Begitu juga di Malaysia, ia seolah-olah menjadi makanan utama bagi sesetengah orang. Terdapat pelbagai jenis pasta antaranya adalah Spaghetti Carbonara. Pernahkah anda cuba masak spaghetti carbonara tanpa menggunakan sos khas nya?

Mesti tak pernah kan? Tetapi ada seorang wanita di laman facebook, berkongsi cara membuat spaghetti carbonara tanpa menggunakan sos. Dia hanya menggunakan susu full cream dan kepingan cheese sahaja. Rasanya tetap sedap dan menyelerakan.

Resepi Spaghetti Carbonara Yang Ringkas & Padu!

BAHAN-BAHAN:

  • Susu full cream
  • Cheese slices
  • Olive oil
  • Mix herb
  • Blackpapper
  • Lof chicken
  • Daging kisar
  • Udang
  • Sosej
  • Bawang putih holland | cincang
  • Cili padi
  • Brokoli | direbus
  • Carrot
  • Mushroom
  • Garam
  • Air bancuhan tepung jagung | pekatkan kuah

CARA PENYEDIAAN:

  1. Panaskan olive oil. Tumis bawang dan cili.
  2. Apabila dah naik baummasukkan semua lauk-lauk tadi dan mushroom serta carrot.
  3. Bila lauk dah masak. Masukkan pula susu & mix herb & blackpepper. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan brokoli dan letak cheese slices dan garam secukup rasa.
  5. Masukkan juga sedikit air tepung jagung untuk pekatkan kuah dan last skali masukkan spaghetti.
  6. Gaulkan sekejap dan angkat.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Mudah sahaja kan nak buat Spaghetti Carbonara tanpa sos ini? Guna susu dan keju sahaja. Tak Perlu nak guna sos segera. Cara ini lebih sihat dan selamat. Anak-anak pun pasti sangat suka!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Ekin Oma

Baca juga : Resepi Pasta Vermicelli Dengan Isi Ayam

tags: | |