Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Melayu: Ayam Goreng Cili Padi

Resepi Melayu: Ayam Goreng Cili Padi

Kategori: ,

Hari ini saya akan kongsikan dengan anda semua resepi Ayam Goreng Cili Padi. Resepi yang sangat ringkas dan bahan-bahannya sangat senang untuk diperolehi.

Korang semua dah ada idea ke untuk lauk tengahari? Bagi yang masih tercari-cari lagi resepi, meh usha-usha sini. Saya sediakn resepi lengkap beserta cara-cara memasak sebagai panduan untuk anda semua.

Jangan khuatir kerana anda pasti menyukainya walaupun resepi nya sangt ringkas. Yang paling pentung dapat memikat hati keluarga anda lebih-lebih lagi yang suka masakan pedas.

Resepi Ayam Goreng Cili Padi

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Garam kunyit
  • Lada besar
  • Cili padi
  • Halia
  • Belacan
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Garam
  • Perasa
  • Bawang holland

 

Cara-cara Memasak:

  1. Gorengkan ayam yang dah digaulkan dengan serbuk kunyit.
  2. Tumbuk kasar lada besar, cili padi, halia, belacan, bawang putih dan bawang merah.
  3. Kemudian tumiskan bahan tumbuk. Masukkan garam dan perasa secukup rasa.
  4. Kemudian masukkan ayam yang sudah siap digoreng kedalam bahan tumis.
  5. Gaulkan hingga sekata dan akhir sekali masukkan bawang holland sebagai hiasan. Siap unutk dihidangkan.

 

Selamat mencuba resepi ini. Cuba jangan tak cuba. Belum cuba belum tahu.

Tonton video untuk mengetahui cara-caranya:

Kredit: Mila Campak Campak

tags: | |