Nak cantik? Tak payah susah-susah beli jamu atau detox dan herba yang kita tak tahu bahan apa dan dari mana digunakan untuk produk tersebut.
Jadi cuba resepi tradisional ini iaitu air rebusan lemon. Ianya sangat baik untuk luar dan dalam wanita. Menurut wanita yang berkongsi resepi ini, asal resepi ini adalah daripada sahabatnya yang berbangsa cina.
Memang sahabatnya itu memiliki badan luar dalam cantik kerana mengamalkan resepi ini.
Rebusan Air 3 Bahan Semulajadi Ini Untuk Kecantikan Luar & Dalam Wanita
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji lemon dihiris nipis ( jangan buang kulit. sebab kulit banyak khasiat
- 3 labu bawang putih ( dibuang kulit )
- 2 inci halia ( sebesar ibu jari kaki )
*Lemon tu beli yg tempatan. Jangan beli yang diimport ( dh disembur bahan kimia) sb rasa agak pahit. nak kurang pahit campur dengan madu.
*Jangan risau pasal bau bawang sebab bau akan hilang bila dah campur dengan bahan lain.
*Mommy bf boleh minum. Yang best badan terasa ringan je. Dah minum jadi ketagih je. Memang betul-betul banyak khasiat.
CARA PENYEDIAAN:
- Potong halus 3 bahan .
- Campur bahan tadi bersamaan 1.5 liter air
- Rebus selama 6-8 jam ( slow cooker )
- Sejukkan dan blend
- Tapis or tak terpulang. Saya tak tapis.
- Lepastu dah boleh minum.
CARA MINUM:
- Ambil 2 sudu + madu 1 sudu
- Ambil pagi dan malam sahaja
- Selebihnya simpan dalam peti dan amalkan setiap hari
KELEBIHAN/KHASIAT:
- Nak kurus + perut kempis + buang toksin + buang air lawas + untuk dalaman wanita + buang angin + badan ringan + macam2 lagi khasiat
- Minum air lemon sebelum makan/minum apa-apa pada waktu pagi dapat fine tune sistem penghadaman kita dan mencegah daripada masalah seperti perut kembung, angin, dan heartburn.
- Lemon ni bersifat antiseptik dan memang terer dalam “membersihkan” hati kita (bukan masalah emosi ye..haha), selain buah pinggang dan darah kita. Kiranya, kita akan berasa lagi selesa dan lebih bertenaga!
- Lemon merupakan sumber vitamin c yg utama. Kalau kita minum pagi-pagi lagi, kita dah tak payah risau untuk memenuhi kuota vitamin c kita. Lemon juga kaya dgn mineral spt potassium, kalsium dan mag.
SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA BERMANFAAT!
Kredit: Nureeman Ramli