Seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan Kamarul Ariffin Nor Sadan, berkongsikan resepi ayam asap teh. Menurutnya, resepi masakan cina ini dipelajari daripada rakan sekelasnya. Resepi ini juga resepi yang paling aneh yang dipelajarinya.
Walaupun nama masakan ini sedikit pelik, namun rasanya amat sedap! Nak tahu bagaimana rasa ayam asap teh ini? Ikuti resepi lengkap perkongsian oleh beliau di bawah.
Ayam Asap Teh, Masakan Cina Paling ‘Aneh’ Tapi Sedap! Lelaki Ini Kongsi Resepinya…
Bahan-bahan perap:
-
½ ekor ayam
-
½ sudu kecil lada hitam
-
1 sudu minyak bijan
-
2 sudu sos tiram
-
2 sudu kicap pekat
-
2 sudu madu
-
2 ulas bawang putih
-
2 inci halia
-
Garam secukup rasa
Bahan perasap:
-
3 uncang teh
-
3 sudu beras
-
3 sudu gula perang
Cara-cara:
- Halia dan bawang putih cincang atau potong halus. Campurkan dengan kicap pekat, sos tiram, madu, lada hitam dan minyak bijan.
- Bersihkan ayam. Saya suka guna bahagian ini, tapi kena masak lama sedikit kerana paha tu lambat masak. Jika nak cepat masak, gunakan bahagian dada.
- Ambil separuh campuran sos tadi, dan gaul dengan ayam. Kemudian perap. Lagi lama lagi sedap.
- Ambil separuh campuran sos tadi, dan gaul dengan ayam. Kemudian perap. Lagi lama lagi sedap.
- Letak ayam, atas pengukus. Letak halia dan bawang putih atas ayam tu. Biar rasa dia padu.
- Alang-alang nak kukus, tumpang pau lah. Haha.
- Tutup! Kukus ayam bahagian paha 30-40 minit. Jika bahagian dada, 20-30 minit sudah cukup. Jika was-was, masaklah lama-lama, atau rebus.
- OK, dah 40 minit! Ini hasilnya! Angkat ayam dari pengukus. Sabar, belum siap lagi.
- Air kukusan ni dah jadi chiken broth! Jangan buang! Letak dalam mangkuk. Sedap broth ni!
- Tadi ada separuh lagi campuran sos tu, kan? Sapukan rata pada ayam yang dah dikukus.
- Dah cantik, kan? Belum siap, belum siap! Letak tepi dulu ayam ni.
- Sekarang kita nak perasap ayam. Ambil aluminum foil, dan buat mangkuk macam ni.
- Letak beras, teh, dah gula perang dalam aluminium foil dan campurkan. Bahan-bahan ni yang akan beri aroma yang menyelerakan nanti pada ayam kita. *terlebih pula beras saya
- Letak dalam kuali dan hidupkan api besar, sampai dia berasap. Dah berasap, letak letak ayam dan jaring pengukus kita tadi, atas ni.
- Tutup! Biarkan 5 minit, kemudian sederhanakan api dan sambung perasap lagi 10-15 minit. Lagi lama lagi sedap aromanya.
- Tada! Sekarang dah cantik, dan beraroma teh!
- Sapu lagi satu lapisan sos. Rehatkan ayam dan biarkan sos ni mengering.
- Broth ayam tadi boleh campur dengan lebihan sos campuran. Nanti waktu makan ayam boleh buat penambah rasa.
- OK, ini hasil bahan perasap yang dah terbakar. Buang sahaja, memang bukan untuk makan. Fungsi kita guna beras ni untuk sebarkan haba dengan serata pada teh dan gula.
- Bila ayam dah turun suhunya dan kering, baru potong ayam! Kalau potong masa panas, nanti isi jadi kering. Tengok tu! Kulit berkilat, tapi isi pun juicy lagi.
- Nah lagi! Lihat gambar ni, boleh bayangkan tak, masin dan manis kulitnya, serta betapa lembut isinya?
Selamat mencuba!