Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Kek Keju Pandan Leleh Paling Mudah, Masak Guna Pengukus Je

Resepi Kek Keju Pandan Leleh Paling Mudah, Masak Guna Pengukus Je

Kategori:
kek keju pandan leleh

Jom cuba buat kek keju pandan leleh ini. Resepi paling mudah sebab tak perlu guna penimbang, jadi sesuai buat anda yang tiada penimbang di rumah. Kalau tiada oven pun boleh buat, sebab boleh masak menggunakan pengukus. Mudah kan? Jom cuba!

Resepi Kek Keju Pandan Leleh Paling Mudah, Masak Guna Pengukus Je

Bahan-bahan (1 loyang bulat):

  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar ovelatte
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 penutup pewarna hijau
  • 1 penutup besar perisa pandan (boleh ditukar kepada perisa yg digemari)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
Kek ini tidak perlu dimasukkan soda bikarbonat.

Cara-cara:

  1. Pukul telur dan ovalette sampai gebu dan berwarna putih.
  2. Masukkan minyak masak, susu cair, pewarna hijau dan perisa pandan. Pukul lagi hingga sebati. (Pastikan sukatan minyak dan susu cair tidak lebih)
  3. Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder yang sudah diayak. Pukul sekejap tapi jangan lama.
  4. Matikan mixer dan kaup balikkan bahan tadi.
  5. Masukkan kek ke dalam loyang yang dah di alas dan kukus selama 30 minit menggunakan api sederhana.
  6. Pastikan air telah mendidih sebelum memasukkan kek. Tutup (balut) penutup pengukus dengan kain bersih bagi mengelakkan wap air menitis atas kek.

Bahan-bahan Cream Cheese Leleh:

  • 250gm cream cheese tatura
  • Suku cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dan pukul hingga gebu.

Cara menghias:

  1. Selepas kek masak, tunggu kek sehingga betul2 sejuk.
  2. Untuk melapis, keluarkan kek dari loyang dan letak dlm pinggan.
  3. Potong@belah separuh kek dan sapu krim keju.
  4. Letak kembali kek yg dipotong tadi dan sapu cream cheese.
  5. Akhiri dengan parutan keju cheddar dengan secukupnya.
  6. Setelah dihias dengan krim keju, simpan seketika dlm peti sejuk sebelum dinikmati.
  7. Selamat mencuba.

Kredit: Umi Hayati

tags: