Kadang-kadang ada satu masa rasa nak ‘mengunyah’, padahal perut dah kenyang. Pasti ramai yang selalu alami kan? Lagi-lagi buat kaum wanita, mulut asyik nak makan sahaja. Apa kata selepas ini jom cuba buat salad buah ini, tak berat dan sesuai untuk orang yang mahu diet.
Ikuti resepi salad buah perkongsian oleh Ruqayyah Farhani di bawah. Menurutnya, kalau makan sejuk-sejuk lagi nyummehh!
Salad Buah, Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat! Kena Letak ‘Bahan’ Ini Baru Lebih ‘Creamy’
Bahan-bahan:
- 3 biji epal hijau – dipotong
- 3 biji epal merah – dipotong
- Anggur
- Sos dressing
- Susu cair
- Yogurt
Cara-cara:
- Satukan semua buah seperti dalam gambar.
- Letakkan sos dressing lebih sikit jika suka rasa masam dan wangi.
- Letakkan juga sedikit susu cair supaya lebih creamy. Masukkan juga satu bekas kecik yogurt.
- Sedikit mayonis (tak sampai sesudu).
- Masukkan kismis dan gaul rata.
- Lagi sedap kalau taburkan sekali badam cincang. Sedap tak terkata.
Selamat mencuba!