Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Mudah Spaghetti Aglio Olio, Menu Ringan Tapi Mengenyangkan. Serius Sedap!

Resepi Mudah Spaghetti Aglio Olio, Menu Ringan Tapi Mengenyangkan. Serius Sedap!

Kategori:
Spaghetti Aglio Olio

Resepi Spaghetti Aglio Olio ini sesuai untuk anda yang tidak menggemari sesuatu yang creamy seperti spaghetti carbonara. Ianya lebih ringan bila dimakan tapi mengenyangkan dan tak muak. Nak cuba masak? Ikuti resepi lengkap di bawah.

Resepi Mudah Spaghetti Aglio Olio, Menu Ringan Tapi Mengenyangkan. Serius Sedap!

Bahan-bahan:

  • 500 gram spaghetti (1 paket)
  • 1/2 mangkuk kecil minyak zaitun
  • 5 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 1/2 biji bawang besar Holland (potong dadu kecil)
  • 2 sudu besar chilli flakes
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 mangkuk besar udang (buang kulit)
  • 4 ekor sotong (buang lapisan kulit)
  • Capsicum hijau
  • Capsicum merah
  • Tomato kecil (potong 2 jika suka)
  • daun ketumbar/daun parsley (hiris nipis)

Cara penyediaan:

  1. Rebus spaghetti sehingga masak dan toskan.
  2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih bersama bawang holland sehingga kekuningan dan layu.
  3. Masukkan chilli flakes dan serbuk lada hitam.
  4. Kemudian masukkan udang dan sotong.
  5. Masukkan pula spaghetti diikuti capsicum dan tomato. Taburkan kuib ayam yang sudah dileraikan. Boleh tuang sedikit air rebusan spaghetti supaya bahan-bahan semua sebati semasa proses menggoreng spaghetti.
  6. Perasakan gengan garam dan gula secukupnya. Kiub ayam sudah masin jadi berhati-hati dengan anggaran garam yang dimasukkan. Angkat dan tabur hirisan daun ketumbar atau daun parsley semasa menghidang.

Selamat mencuba!

tags: