Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Durian Crepe Viral

Durian Crepe Viral

Kategori: ,

Assalamualaikum,

Kepada hantu – hantu durian di luar sana, sini saya nak berkongsikan satu resepi makanan yang tengah viral sekarang ni ha “Durian Crepe”. Tipulah cakap tak suka durian kan, ha kepada pengemar durian rugi kalau tak cuba durian crepe ni serius sedap gila! Selalunya kita beli saja durian crepe ni kan apa kata anda cuba pulak buat sendiri di rumah lagi puas hati.

 

Bahan untuk membuat kulit/crepe (18-20 keping) :

  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung ubi kayu
  • 1 sudu besar tepung ubi kentang
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1 1/2 sudu besar tepung hong kong
  • sedikit garam
  • 2 sudu besar gula icing
  • 2 biji telur saiz B
  • 1 sudu besar minyak jagung
  • 3/4 cawan air (210ml)
  • 1/2 cawan susu segar  (130ml)
  • sedikit esen vanila
  • beberapa titik pewarna kuning @ jenis serbuk (sedikit sahaja)
  • Filling kastard + durian
  • 2 sudu besar gula
  • 20gm tepung kastard
  • 250ml susu segar
  • 2 biji kuning telur
  • Isi durian yang dihancurkan
  • Filling whipping cream
  • 500gm whipping cream

Cara membuat kulit/crepe (nak dapatkan crepe yang nipis)

  1. Kesemua tepung di atas di ayak terlebih dahulu.
  2. Masukkan kedalam satu bekas, masukkan garam, gula icing, minyak, esen vanila, telur yang dipukul sebati dan masukkan air serta susu segar dan pewarna kuning. Kacau guna whisk tangan saja, kemudian tapis.
  3. Panaskan non stick pan saiz kecil (17cm diameter tapak) api sederhana. Sapu sedikit pan dengan minyak dan panas kan pan kemudian angkat sekejap pan dan masukkan 1 senduk adunan ke dalam pan, lenggangkan pan tadi sehingga rata dan nipiskan kulit tadi memenuhi permukaan pan, kemudian letak balik atas dapur (hanya layangkan/lenggangkan saja sehingga memenuhi permukaan) letak atas dapur sekejap kemudian angkat. Jangan lama sebab nanti hangus kulitnya. Tak perlu terbalikkan sebab ia nipis saja dan mudah masak.
  4. Ulangi hingga habis, boleh ditindih kulitnya In Shaa Allah tak melekat.

Cara membuat filling kastard + durian.

  1. Dalam periuk non stick masukkan gula, tepung kastard, 2 biji kuning telur dan susu segar dalam 4 sudu dulu. Kacau hingga kesemuanya sebati. Kemudian tuang baki susu segar tadi dan kacau lagi.
  2. Panaskan api dapur dan masak menggunakan api sederhana hingga kental/pekat. Tutup api dan sejukkan kastard filling.
  3. Isi durian dihancurkan dan dicampurkan bersama dengan kastard filling dan masukkan ke dalam piping bag. Kemudian masukkan dalam peti ais supaya ia tidak cair.

Cara membuat filling whipping cream

  1. Dalam bekas yang bersih dan kering, masukkan 500gm whipping cream, tambah gula icing jika whipping cream anda tawar. Jika whipping cream anda sudah manis abaikan gula icing tu.
  2. Pukul whipping cream sehingga soft peak/kental dan masukkan kedalam piping bag dan letak dalam freezer sekejap supaya tak mencair.

Sekarang masa untuk “membantalkan durin crepe”.

Sediakan kulit, letak whipping cream dulu (dalam gambar), kemudian letak pula filling kastard + durian dan letak semula whipping atas kastard tadi.

Bungkus/lipat durian crepe tadi seperti bantal. Haa… dah siap masukkan dalam freezer sekejap dalam sejam dua supaya ia mengeras (jika durian crepe yang baru keluar dari freezer keras kejung tunggu biarkan sekejap pada suhu bilik (tak lembut dan tak keras sangat) dan boleh dimakan.

Selamat mencuba! Rugi kalau tak cuba!

Kredit Resepi : Tahrunnisah Jali

 

tags: | |