Bahulu merupakan kuih atau makanan tradisional orang Melayu. Bahulu ini sering disajikan ketika majlis keramaian atau pun hari raya. Cara membuat kuih bahulu ini agak mudah dan hanya memerlukan resepi yang ringkas iaitu telur, tepung gandum, gula pasir, sedikit minyak masak atau minyak sapi. Bagi menghasilkan bahulu yang lembut bak kapas ada teknik dan caranya yang tersendiri sebenarnya.
Wanita yang dikenali dengan nama Sharifah Aminah Al-Idrus ada berkongsi resepi dan tips untuk menghasilkan bahulu yang gebu dan lembut. Jom kita ikuti perkongsian beliau.
Tips: Masa nak buat kena sediakan dahulu semua bahan sebab masa kita pukul telur tak boleh stop ye. Semua bahan di masukkan secara sikit-sikit dan terus pukul sambil masukkan bahan lain seperti tepung secarau beransur-ansur. Jangan lupa sedikit pewarna kuning dan esen vanilla supaya bahulu kita tidak kelihatan pucat.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Sharifah Aminah Al-Idrus
Baca juga: Mudahnya Buat Kuih Bahulu, Hanya Dengan 3 Bahan Sahaja. Sedap Sangat!