Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Pecal Mudah & Sedap Menjilat Jari, Mengidam Pula Bila Tengok Gambar Ni!

Resepi Pecal Mudah & Sedap Menjilat Jari, Mengidam Pula Bila Tengok Gambar Ni!

Kategori:
pecal

Pecal atau ada yang memanggilnya dengan Jaganan. Tak kisah apa nama yang dipanggil, yang penting rasanya sedap. Kecur air liur bila teringat pecal ini, sedap sungguh! Tapi musim wabak ini, kalau boleh nak elakkan keluar ke tempat orang ramai. Jadi apa kata jom cuba buat sendiri di rumah, baru boleh makan puas-puas.

Resepi Pecal Mudah & Sedap Menjilat Jari, Mengidam Pula Bila Tengok Gambar Ni!

Bahan A:

  • Cekur
  • Lada Cili
  • Lada kering
  • Bawang putih
  • Bawang Merah
  • Ikan bilis/udang kering
    * blender semua

Bahan B:

  • Kacang tanah

*Goreng dulu kemudian kisar guna blender.

Bahan C:

1) Pucuk ubi, kangkung, tauge dam kacang panjang – rebus hingga empuk

2) Tauhu – goreng kemudian potong 8 bahagian.

Cara-cara membuat kuah pecel

  1. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan A. Goreng hingga pecah minyak.
  2. Letak air dekat blender bahan A tu. Goncang-goncang kemudian masukkan dalam kuali.
  3. Masukkan air asam jawa, gula, garam
  4. Kemudian masukkan kacang goreng yang dah di blender tadi
  5. Masak hingga pekat. Siap!
  6. Selamat mencuba!

Kredit: Norhidayah Mohd Idnon

tags: