Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Minuman Yang Mampu Kurangkan Berat Badan 3Kg Dalam 1 Minggu. Rasanya Juga Sedap, Sekali Rasa Pasti Nak Lagi!

Resepi Minuman Yang Mampu Kurangkan Berat Badan 3Kg Dalam 1 Minggu. Rasanya Juga Sedap, Sekali Rasa Pasti Nak Lagi!

Kategori:
minuman kurangkan berat badan

Berat badan yang berlebihan adalah sangat membimbangkan. Bimbang jika terkena penyakit yang merbahaya dalam waktu terdekat atau pun akan datang. Disebabkan berat badan berlebihan juga, sesetengah individu akan rasa kurang keyakinan. Kalau nak makan ubatan atau pil yang dijual di pasaran sekarang terasa agak takut sebab ia mempunyai kesan sampingan.

Jadi antara cara yang terbaik yang boleh anda lakukan adalah bersenam dan minum minuman semulajadi ini. InshaAllah tiada kesan sampingan. Sekiranya anda masih teragak-agak atau takut nak mencuba, sila dapatkan nasihat atau saranan daripada doktor terlebih dahulu.

Minuman semulajadi ini terdiri daripada halia, lemon dan madu. Ia juga dipanggil minuman detox. Dan minuman ini adalah minuman detox yang paling sedap diminum. Tiada rasa pelik, hanya rasa lemon, manis dan berangin.

Resepi Minuman Untuk Kurangkan Berat Badan Dengan Mudah!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji lemon
  • Madu
  • Halia

CARA PENYEDIAAN:

  1. Bersihkan halia dan lemon.
  2. Masukkan air, lemon dan halia ke dalam periuk dan rebus sehingga 15-30 minit.
  3. Masukkan air rebusan lemon dan halia tadi ke dalam cawan dan campurkan sedikit madu.
  4. Siap untuk diminum.

Mudah sahaja kan nak menyediakan minuman untuk kuruskan badan ini. Minuman ini anda boleh cuba dan amalkan dalam masa seminggu. InshaAllah jika diamalkan secara konsisten berat badan anda akan berkurangan. Jadi tunggu apa lagi jom kita cuba dan jangan lupa tags kawan anda yang tengah berusaha untuk kuruskan badan sekarang ini.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Nurul Shafika Radi

Baca juga: 2 Minggu Amal, Sakit Kepala Hilang! Badan Juga Makin Slim & Perut Kempis. Wanita Ini Kongsi Rahsianya

tags: |