Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Jom Cuba Buat Ketupat Sotong Versi Kelantan. Mudah, Cepat & Sedap

Jom Cuba Buat Ketupat Sotong Versi Kelantan. Mudah, Cepat & Sedap

Kategori:
Ketupat Sotong Versi Kelantan

Tak pernah cuba ketupat sotong versi Kelantan? Jom cuba buat dengan menggunakan resepi di bawah. Memang tak rugi cuba kerana caranya sangat mudah, yang penting rasanya memang sedap! Sekali makan, pasti akan teringat-ingat.

Jom Cuba Buat Ketupat Sotong Versi Kelantan. Mudah, Cepat & Sedap

Bahan A:

  • 7 ekor sotong
  • Lidi untuk dicucuk
  • 1 cawan santan pekat
  • Sedikit garam
  • 1 cawan beras pulut

Bahan B:

  • 3 keping gula melaka
  • 3 cawan santan
  • Garam
  • Sedikit halia
  • 3 helai daun pandan

Cara-cara:

  1. Buang kulit hitam sotong dan tulang, cuci bersih dan asingkan kepala.
  2. Rendam pulut selama 30 minit bersama santan dan garam.
  3. Masukkan pulut ke dalam sotong, masukkan separuh sahaja.
  4. Masukkan semula kepada sotong dan cucukkan dengan lidi supaya pulut tidak terkeluar.
  5. Susun sotong dalam periuk. Masukkan semua bahan B dan renehkan dengan api sederhana sehingga hampir kering.
  6. Siap untuk dihidangkan.Ketupat Sotong Versi Kelantan

Kredit: Noriza Awang Hamat

 

Baca juga: Jom Cuba Masak ‘Sotong Buttermilk Spicy’, Rasa Memang Padu & Tak Muak!

tags: |