Corndog merupakan antara makanan segera yang terdiri daripada sosej, cheese dan di saluti dengan tepung. Makanan ini memang pernah viral dan mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Lebih-lebih kepada golongan muda mudi dan kanak-kanak. Tetapi kini corndog sudah semakin menghilang, sudah berkurangan orang yang menjual makanan ini diluar sana. Jadi kalau anda teringin, anda boleh buat sendiri je. Mudah je nak membuat corndog ini. Kalau buat sendiri boleh makan sepuasnya!
Corndog Kembali Lagi! Ini Dia Resepi Corndog Yang Di Olah Supaya Lebih Sedap Dan Mantap Lagi Rasanya!
BAHAN-BAHAN:
- Sausage (aku guna Ayamas Cheese)
- Mozzarella Cheese. Ambil yang block bukan shredded. (brand Arla kat Aeon RM17.50. Boleh potong jadi 8 cube. Sedap brand ni)
- Bread Crumbs. (ambil yang jenis “putih” bukan “oren”)
- Chopstick kayu (dekat 99 Speedmart ada jual)
- 1 sudu besar Yis Mauripan
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 cawan air suam
- 7 sudu besar Tepung Gandum (sudukan biasa saja, jangan membukit sangat dan jangan rata sangat. Sedang2 saja. Nanti tak berapa nak lemak manis kejadiannya)
- 1 paket Tepung Cucur Lemak Manis Adabi. (ni yang akan buatkan corndog kita sedap and tak boring makan)
CARA PENYEDIAAN:
- Rebus sausage selama 2-3 minit dalam air yang menggelegak. Kemudian toskan. Potong dua.
- Potong Mozzarela Cheese block menjadi kiub, potong sebesar sausage tadi. Kemudian ambil chopstick dan cucukkan sausage dahulu diikuti dengan cheese.
- Bancuh 1 paket Tepung Cucur Lemak Manis Adabi dengan 7 sudu besar Tepung Gandum. Kemudian letak 1 sudu besar Yis Mauripan dan garam. Bancuh dengan 1 cawan air suam sehingga mendapat tekstur yang kental. Tambah air lagi kalau tak cukup. Bancuhan perlu tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. And seeloknya simpan dalam peti ais selama lebih kurang 1/2 jam untuk “setkan” bancuhan.
- Lepas tepung dah set, masukkan bancuhan tersebut ke dalam 1 bekas berbentuk gelas yang tinggi. Supaya senang nak celup bahan yang dicucuk tadi. Atau boleh saja terus salutkan terus menggunakan garpu/sudu. Part ni memang renyah sikit and memerlukan kesabaran.
- Selepas itu salutkan pula ke dalam bread crumbs. Kepal-kepalkan hingga mampat bahan salutan. Dan terus goreng. Guna kuali yang besar dan minyak yang banyak. Api dapur sederhana.
- Last sekali boleh letak apa saja topping yang korang suka. Aku guna mayonis, sos cili and sos tomato saja. Then decokan dan siap untuk dimakan. Tariklah cheese tu sampai ke London. Hihi. Sedap giler!
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Nur Syazwani Mustafa
Baca juga: Resepi Cupizza Yang Berkeju Dan Sedap, Sekali Ngap Mesti Nak Lagi Memang Tak Cukup!