Pavlova merupakan pencuci mulut yang berasaskan meringue. Rasanya yang terkenal dengan rangup di luar dan isi dalam yang lembut serta ringan memang membuatkannya sangat laris. Resepi pavlova kebanyakan sama sahaja cuma kadang kala cara pembuatannya yang berbeza. Hidangan pencuci mulut yang agak manis ini boleh disediakan dalam bentuk yang besar atau pun kecil seperti mini pavlova di bawah ini. Jom kita buat sama-sama!
Wanita Ini Dedah Rahsia Macam Mana Nak Hasilkan ‘Mini Pavlova’ Yang Luar Biasa Sedapnya, Luar Rangup Dalam Macam Marshmallow!
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji putih telur (gred b)
- 3/4 cawan gula kastor (beli dekat bakery yang depa dah repack)
- 1 sudu teh esen vanilla
- 2 sudu teh tepung jagung
- 2 sudu teh cuka (tak kisah jenama apa)
- secubit garam
CARA PENYEDIAAN:
- Pukul putih telur sampai berbuih.
- Satukan gula & tepung jagung. Masukkan garam & gula yang bercampur tepung jagung tu.
- Mix sampai adunan tu licin dan tak berpasir.
- Bila adunan dah bertanduk, masukkan cuka dan esen vanilla. Ini tak payah mix dah. Kacau guna spatula ja.
- Then bakar 120c dalam oven selama 1jam 15minit. Sebelum bakar, mohon preheat dulu oven 150c. Lepas dah habis bakar, biarkan pavlova kering dalam oven yang tertutup selama 30minit.
Nota penting:
- Setiap oven mempunyai suhu berbeza. Sebelum buat pavlova, mohon paham dulu oven masing-masing
- Tips nak simpan dalam peti sejuk / diluar peti sejuk: Masukkan dalam bekas kedap udara. Boleh tahan 3-7 hari jika didalam peti sejuk. Lepas tu, pavlova dah start berair atau liat. Jika simpan dalam bekas kedap udara, boleh tahan hingga ke 1 bulan tapi kulit luar pavlova kurang rangup.
- Cream atas tu, guna non dairy whipping cream. Yang ni tak ada resipi. Beli non dairy whipping cream jenama apa pon. Mix sampai kental. Then hias dengan buah-buah yang masam. Baru rasa tu balance. Manis & masam. Okay dah siap!
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Atikah Ismail