Pasti ramai yang suka kuih bingka pandan ini kan? Harum bau pandan menambahkan lagi kesedapannya, Siapa yang belum pernah cuba, wajib mencubanya nanti. Kalau anda mahu mencuba buat sendiri di rumah, boleh ikuti resepi kuih bingka pandan di bawah.
Kuih Kegemaran Ramai, Ini Dia Resepi Kuih Bingka Pandan Mudah Guna Sukatan Cawan
Bahan-bahan:
-
2 cawan tepung gandum
-
2 cawan santan
-
1 cawan air pandan – blend 5 helai daun pandan + 1 cawan air – tapiskan
-
3/4 cawan gula – nak manis lagi tambah
-
1 sudu besar minyak masak
-
1 sudu besar marjerin
-
3 biji telur
-
Secubit garam
-
Pewarna hijau
-
Bijan
Cara-cara:
- Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali bijan. Kisar sebati menggunakan pengisar.
- Sapukan minyak pada loyang muffin. Tuangkan adunan sampai penuh. Taburkan bijan.
- Panaskan oven selama 10 minit sebelum di bakar.
- Bakar pada suhu 200°C selama 40 minit bergantung pada oven masing-masing.
- Selamat mencuba!
Kredit: Zura Zul
Baca juga: Cara Buat Brownies Cookies Soft & Chewy Bila Dikunyah, Boleh Ketagih Dibuatnya!