Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ikan Tenggiri Masak Asam, Kena Goreng Dulu Baru Sedap. Menyelerakan Sungguh!

Ikan Tenggiri Masak Asam, Kena Goreng Dulu Baru Sedap. Menyelerakan Sungguh!

Kategori:
ikan tenggiri masak asam

Tiada idea nak nak apa untuk makan tengahari? Jom cuba masak ikan tenggiri masak asam macam ni. Kalau sebelum ni, asyik goreng dengan garam kunyit sahaja kan? Kalau buat masak asam macam ni lebih padu rasanya! Rugi kalau tak cuba, ikuti resepi lengkap di bawah.

Ikan Tenggiri Masak Asam, Kena Goreng Dulu Baru Sedap. Menyelerakan Sungguh!

Bahan-bahan:

  • Ikan tenggiri yang digaul dengan garam dan kunyit (goreng sampai masak)
  • Bawang putih/merah
  • Halia (dihiris)
  • Air perahan asam jawa
  • Sos tiram (jika suka)
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Cili api (jika suka pedas)
  • Bawang besar dipotong bulat

Cara-cara:

  1. Guna minyak bekas gorengan ikan tadi. Tumis bawang putih/merah sehingga garing dan kekuningan.
  2. Masukkan air perahan asam jawab, sekadar sesuap asam jawa.
  3. Masukkan sedikit sos tiram jika suka.
  4. Gaul sebati bersama sedikit gula dan garam secukup rasa.
  5. Masukkan sedikit cili api untuk sedikit rasa pedas jika suka.
  6. Masukkan bawang besar yang sudah dipotong bulat.
  7. Masakan ini bukan jenis berkuah banyak.
  8. Selamat mencuba.

Kredit: Syed Mohd Nazli Jamalullail

 

Baca juga: Telur Goreng Masak Asam, Resepi Turun Temurun Dari Arwah Nenek. Menyelerakan Sungguh!

tags: