Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Oreo Milo Cheesecake Tak Perlu Bakar Guna Oven, Sejukkan Dalam Peti Ais Jer!

Oreo Milo Cheesecake Tak Perlu Bakar Guna Oven, Sejukkan Dalam Peti Ais Jer!

Kategori:
Oreo Milo Cheesecake

Teringin nak cuba buat kek sendiri tapi tiada oven? Jangan risau, jom cuba ikut resepi Oreo Milo Cheesecake ini. Memang mudah sangat sebab tak perlu bakar. Hanya perlu sejukkan dalam peti ais sahaja. Selamat mencuba!

Oreo Milo Cheesecake Tak Perlu Bakar Guna Oven, Sejukkan Dalam Peti Ais Jer!

Bahan-bahan:

  • 250 gm oreo (blend sampai hancur)
  • 6 sudu besar butter (cairkan)
  • 500gm cream cheese
  • 2 sudu besar serbuk koko (ayak)
  • 1/2 cup milo (ayak)
  • 1 cawan setengah susu pekat

Bahan topping milo:

  • 1 cawan setengah milo
  • 10 sudu besar air panas

Cara-cara:

  1. Masukkan butter cair ke dalam oreo yang sudah dikisar hancur. Kacau sebati. Masukkan ke dalam loyang 7 inci, ratakan menggunakan sudu sehingga padat.
  2. Dalam mangkuk lain, pukul cream cheese sehingga kembang.
  3. Kemudian masukkan serbuk koko dan serbuk milo. Pukul sebati.
  4. Kemudian masukkan susu pekat dan pukul sebati.
  5. Letakkan ke dalam loyang tadi. ratakan dan letakkan dalam peti ais selama setengah jam.
  6. Untuk topping, satukan milo dan air panas. Kacau sebati dan tuangkan ke atas kek tadi.
  7. Sejukkan dalam peti ais selama semalam atau sekurang-kurangnya 3 jam.

Kredit: Arianna Kitchen

tags: