Di negeri pantai timur seperti Kelantan antara masakan bergulai yang popular dan pernah viral serta digemari orang ramai adalah gulai ikan kering. Gulai ikan kering ini seringkali dihidangkan ketika majlis kesyukuran atau makan-makan. Kadangkala ada juga dijual di kedai makan atau pun restoran.
Bagi anda yang pernah ke Kelantan mungkin pernah merasai dan tahu bagaimana kesedapannya kan? Bagi anda yang belum merasainya, anda boleh menyediakannya sendiri di rumah.
Cara Buat Gulai Ikan Kering Kelantan Yang Mudah
BAHAN-BAHAN:
- 3-4 ekor ikan kering | dibasuh
- Timun | dibelah kecil
- 5-6 biji cili hijau
- 1 -2 keping nanas | dipotong dadu
- Santan secukupnya – ikut jumlah kuah yang anda nak & jumlah ikan yang digunakan
- Garam, gula dan perasa secukupnya
Bahan Kisar:
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 3-4 tangkai cili kering
- 1 biji cili merah
- 2-3 biji cili padi – jika nak rasa pedas
- 2 inci kunyit segar
- Sedikit lengkuas
CARA PENYEDIAAN:
- Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul.
- Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/cili hijau dan timun.
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin.
- Asam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam pada kuah.
- Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api.
- Sedia untuk dinikmati.
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Zat Hernani