Pasti ramai yang masih tercari-cari cara untuk membuat cream cheese frosting untuk kek pandan gula melaka contohnya. Mungkin anda sudah mencuba banyak resepi, tapi bila diletakkan di suhu bilik pada tempoh yang lama, krim tersebut akan cair. Selain itu, apabila di makan juga rasanya berminyak-minyak kerana adanya penggunaan butter.
Jangan risau, ini dia resepi khas untuk menyelesaikan masalah anda. Resepi cream cheese frosting ini tidak akan cair dan mampu bertahan sehingga lebih 10 jam pada suhu bilik. Yang penting, rasanya juga tidak terlalu manis, lembut dan tidak berminyak bila dimakan kerana tiada butter digunakan. Ikuti cara membuatnya di bawah.
Nisbah gula aising, cream cheese dan whipping cream lebih kurang 1 : 1 : 2. Kalau gram, mungkin dalam 100g gula, 100g cheese atau lebih, 200g whip cream.
Kredit: Norashikin Jais